B-Complex Shaklee Dalam Penyusuan Susu Ibu

B-Complex Shaklee dalam penyusuan susu ibu sangat sinonim kerana B-Complex merupakan salah satu supplemen yang termasuk dalam kombinasi Set Breastfeeding Shaklee. Pil berwarna kuning ini walaupun namanya sangat biasa didengari tapi fungsinya tidak disedari oleh ramai orang. Kapsul B-Complex mempunyai baunya yang tersendiri dan kadangkala warnanya berubah menjadi sedikit gelap setelah beberapa tempoh.

B complex

Kenapa B-Complex dalam penyusuan susu ibu penting dalam menjamin kelancaran susu ibu?

B-Complex Shaklee mempunyaI kombinasi kesemua jenis vitamin B-Complex yang perlu bagi memenuhi keperluan nutrien badan manusia. Ianya adalah dari kategori vitamin yang larut air. Ini bermaksud pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi menjamin tubuh dapat menyerap vitamin B-Complex yang perlu.

B-Complex dalam penyusuan amat penting kerana kekurangan vitamin B6 dan B12 boleh menyebabkan penghasilan susu merosot. Kekurangan nutrien lain selain iodin tidak akan menyebabkan kekurangan penghasilan susu yang sangat signifikan.

Tidak dinafikan, pengambilan B-Complex dalam penyusuan bukanlah sesuatu yang utama atau wajib bagi ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Malangnya pada zaman sekarang, kebanyakan ibu sukar untuk mengekalkan pengambilan B-Complex yang mencukupi. Di antara faktor yang mempengaruhi kesukaran ini ialah :

1) Ibu bekerja yang sukar untuk memasak sendiri bekalan makanan sebelum ke pejabat.
2) Gaya hidup masa kini yang kebanyakan masanya banyak makan di luar. Makanan yang didapati di luar banyak menggunakan ramuan MSG yang boleh mengurangkan kecekapan tubuh badan dalam penyerapan nutrien.
3) Barangan segar seperti buah-buahan dan sayuran yang banyak tercemar dengan pesticide turut menganggu penyerapan nutrien oleh tubuh badan.
4) Kadangkala agak sukar untuk memastikan adakah kuantiti nutrien yang mencukupi telah diperolehi daripada makanan yang diambil.
5) Ibu-ibu yang kurang mengambil makanan bersumberkan haiwan juga boleh menghadapi risiko kekurangan vitamin B12 yang boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.

Khasiat B-Complex Dalam Penyusuan Susu Ibu

1) Membantu penghasilan susu ibu yang mencukupi
2) Memelihara taraf kesihatan ibu
3) Meningkatkan tenaga ibu selepas berjaga malam untuk menyusukan bayi.
4) Mengurangkan kesan stress pada ibu kerana mempunyai de-stress effect. Stress juga adalah faktor yang mengurangkan penghasilan susu ibu.

Set Breastfeeding Shaklee

Info lanjut Set Breastfeeding Shaklee

Cara Makan B-Complex Shaklee Dalam Penyusuan Susu Ibu

Ibu-ibu perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan pengambilan minuman beralkohol dan rokok. Ini adalah kerana semua ini boleh mengurangkan kadar penyerapan B-Complex oleh tubuh badan.

footnote