B-Complex Shaklee Untuk Meningkatkan Kesuburan Pasangan

B-Complex Shaklee mengandungi asid folik semulajadi yang pertama didunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi. Hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran sebenarnya adalah vitamin sintetik dan bukan semulajadi. Vitamin sintetik banyak digunakan kerana sebelum ini vitamin B-Complex semulajadi tidak mudah menyerap dalam tubuh, sehinggalah penemuan vitamin B-Complex Shaklee.

B-Complex Shaklee juga mengandungi kesemua 8 komponen penting termasuklah 100% biotin dan asid folik.

B Complex Shaklee Meningkatkan Kesuburan

Bagaimana B-Complex Shaklee Meningkatkan Kesuburan Isteri?

Vitamin B6 yang terkandung di dalam B-Complex Shaklee adalah bahan utama yang membantu B-Complex Shaklee meningkatkan kesuburan bagi wanita. Manakala bagi lelaki, vitamin B12 yang akan meningkatkan kesuburannya. Kedua-dua jenis vitamin B ini memang terdapat didalam B-Complex Shaklee.

Bagi wanita, vitamin B membantu memanjangkan lagi luteal phase iaitu fasa selepas waktu ovulasi hingga haid berikutnya.

Kenapa sangat penting untuk kita panjangkan tempoh fasa luteal ini?

Pada waktu ini, selepas ovulasi, hormon progesteron akan mula dihasilkan dan berada dalam kadar yang tinggi. Pada waktu inilah suhu badan wanita adalah tinggi (basal body temperature dipantau untuk mengesan suhu badan pada waktu ini), lapisan endometrium juga akan mula terbentuk di uterus sebagai persediaan sekiranya persenyawaan berlaku dan pelekatan telur turut berlaku pada dinding lapisan endometrium tersebut.

Sekiranya berlaku pelekatan telur pada dinding tersebut, suhu badan ibu akan bertindak sebagai pemanas bagi tumbesaran janin tersebut. Jika tiada sebarang proses persenyawaan, dinding endometrium akan runtuh dan keluar bersama-sama darah haid.

Di antara fungsi lain Vitamin B6 (pyridoxine) ialah :

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :

– melancarkan metabolisme

– meningkatkan kekebalan tubuh

– menjaga keseimbangan garam-garam mineral

– membantu sintetis RNA dan DNA

Bagaimana B-Complex Shaklee Meningkatkan Kesuburan Suami?

Bagi suami, dia akan memerlukan vitamin B12 dari B-Complex beserta folic acid untuk memastikan dia menghasilkan sperma DNA yang sihat dan berkualiti. Disebabkan kesukaran untuk memastikan kadar yang mencukupi diambil melalui pemakanan, adalah mudah sekiranya pengambilan B-Complex Shaklee dilakukan secara konsisten.

Kepentingan pengambilan vitamin B ini amat ketara kerana sekiranya kadar pengambilan vitamin B sangat rendah, pengambilan suntikan vitamin B adalah diperlukan.

Di antara fungsi lain Vitamin B12 (Methylcobalamin) ialah:

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :

– mencegah kerosakan urat saraf

– membantu pembentukan sel darah merah

– melancarkan metabolisme sistem tubuh

– mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

sumber

B-Complex Shaklee Sebahagian Daripada Set Kesuburan Shaklee

Vitamin B-Complex juga merupakan sebahagian daripada Set Kesuburan Shaklee yang lengkap.

set kesuburan shaklee

Info lanjut boleh didapati di sini : Set Kesuburan Shaklee Membantu Pasangan Mendapatkan Anak