Antara perkara penting bagi pasangan baru berkahwin adalah mengetahui cara mengira waktu subur wanita. Ia merupakan ilmu asas sebelum menjalankan langkah mendapatkan anak yang berikutnya. Waktu subur wanita berkait rapat dengan tempoh kitar haidnya.
Adalah penting untuk mengetahui maksud setiap tempoh dalam kitar haid wanita untuk merancang kehamilan.
Fasa Pengeluaran Haid – Hari 1-7 (secara purata)
Adalah penting bagi wanita yang sedang merancang untuk mengandung atau menjarakkan kehamilan untuk menandakan hari pertama haid pada kalendar. Adalah amalan yang baik sekiranya dapat dilakukan setiap bulan kerana kesihatan wanita banyak berkisar dengan kitar haid. Menandakan hari pertama juga adalah baik bagi wanita dengan kitar haid yang tidak tetap.
Fasa Follicular – Hari 8-11
Pada fasa ini, hormon estrogen akan meningkat dan dinding rahim mulai menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku persenyawaan.
Telur (ovum) dalam ovari juga akan menjadi semakin matang dan bersedia untuk dilepaskan.
Fasa Ovulasi – Hari 12-17
Waktu subur (fertile window) berlaku pada tempoh ini. Telur (ovum) akan dikeluarkan ke tiub fallopio dan hormon peluitenan akan meningkat. Sekiranya ovum bertemu sperma pada tempoh ini, peluang untuk kehamilan berlaku adalah tinggi.
Fasa Luteal – Hari 18-28
Ini adalah fasa pra-haid, apabila telur (ovum) dikeluarkan, hormon progesteron akan dirembeskan dengan banyak dan membawa kepada penambahan ketebalan dinding ovari. Sekiranya tiada sebarang persenyawaan, dinding ini akan runtuh dan keluar bersama-sama darah haid.
Cara Mengira Waktu Subur
Terdapat dua kaedah untuk mengiranya
1) Cara Mengira Waktu Subur Wanita Kaedah 1 (kaedah mengira : Dr.Zubadi)
2) Cara Mengira Waktu Subur Wanita Kaedah 2 (kaedah mengira : Dr.Azwan)
Kaedah pengiraan kedua-dua doktor ini mungkin agak sukar untuk kita mendapatkan waktu subur yang betul-betul tepat. Saya sarankan untuk mengesan waktu subur secara manual seperti berikut:
1) Menggunakan suhu badan – Boleh dilakukan dengan membeli alat memeriksa suhu di farmasi seperti digital thermometer. Rekodkan suhu badan setia pagi selepas bangun dari tidur. Pada waktu subur, suhu badan akan jadi lebih tinggi dari biasa.
Waktu subur boleh dikesan dengan pengambilan suhu badan wanita sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi atau selepas tidur selama 6 jam berterusan (bagi wanita yang bekerja shift malam). Rekodkan suhu selama 3 bulan berturut-turut untuk merekodkan sebuah graf. Melalui rekod graf ini anda akan dapat mengesan waktu subur anda.
Boleh rujuk kepada doktor Puan-puan ya.
2) Menggunakan ovulation test kit – Boleh dibeli di farmasi. Alat ini lebih kurang sama dengan alat menguji kehamilan di mana memerlukan sampel air kencing. Saya cadangkan Puan-puan membeli ovulation test kit yang mempunyai beberapa batang di dalam kotak kerana Puan perlu menjalankan ujian air kencing selama beberapa hari pada waktu dijangkakan subur. Waktu subur wanita adalah di antara hari ke 14-15 selepas hari pertama haid, jadi alat ujian boleh mula digunakan pada hari ke 12 atau 13. Sila rujuk pada arahan penggunaan yang disertakan atau ahli farmasi untuk cara penggunaan yang betul.
3) Memantau kepekatan lendir serviks
Pada waktu subur, lendir serviks akan menjadi lebih pekat dari hari-hari lain. Pada waktu subur, terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon kesuburan yang meningkat pada waktu itu.
Boleh rujuk kepada doktor Puan-puan berkaitan perkara ini.
Dapatkan Waktu Subur Ideal dengan Set Kesuburan Shaklee
Waktu subur yang ideal sangat bergantung kepada :
i) Lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu yang berwarna putih telur. GLA Shaklee berfungsi untuk menjadikan lendir ini betul-betul subur untuk persenyawaan.
ii) Sperma aktif, Vitamin E Shaklee berfungsi menjadikan sperma aktif dan berkualiti, ia juga dapat mengelakkan dari terjadinya sperma tidak sempurna yang dapat menyebabkan kecacatan janin, insha’Allah.
iii) Masa untuk sperma kekal hidup, GLA Shaklee turut berfungsi untuk memastikan persekitaran di dalam uterus sesuai untuk terus hidup, sekaligus mempunyai lebih masa untuk menuju kepada telur (ovum).
iv) Jumlah air mani dan paras testosterone yang bersesuaian pada lelaki dapat dibantu oleh Zinc Complex Shaklee.
vi) GLA juga membantu untuk mendapatkan haid teratur bagi wanita, sekaligus memudahkan untuk mengira waktu subur.
Ingin menempah Set Kesuburan Shaklee? Klik icon di bawah sekarang!
email me details for basic set dan completed set kesuburan wanita
PM for basic set and complete set utk kesuburan istri
Saya dah email ya Puan
Cara cepat hamil
Puan boleh hubungi saya di 0126614658 untuk mencuba set kesuburan shaklee ya 🙂