Cara Pengurusan EBM
1) Cara menyimpannya selepas mengepam
2) Cara mencairkan EBM
3) Cara memanaskan EBM
4) Suhu penyimpanan EBM
Tempat Penyimpanan EBM
Bagi tempat penyimpanan EBM, adalah penting bagi ibu-ibu memastikan tempat yang sesuai untuk penyimpanannya. Jika ibu-ibu mahu membekukannya, penggunaan plastic liner adalah yang terbaik kerana ia menjimatkan ruang dan mungkin akan disimpan untuk satu tempoh yang agak lama.
Jika EBM mahu disimpan dalam bentuk ‘chill’ sahaja, penggunaan botol atau bekas lebih sesuai kerana ia mudah untuk dipanaskan semula.
Bekas plastik (source ) Botol (source) Plastic liner (source)
Selain daripada peti ais biasa, terdapat ibu-ibu yang turut menyediakan freezer/deep freezer khas bagi penyimpanan EBM. Ia terpulang kepada ibu-ibu, tetapi sekiranya EBM disimpan didalam peti ais biasa yang bercampur dengan pelbagai barangan dapur lain, lebih baik ia diasingkan dan disimpan di dalam bekas bertutup (bagi penyimpanan menggunakan plastic liner), ini penting untuk mengelakkan berlakunya cross contamination atau pencemaran silang.
Berikut adalah panduan suhu untuk penyimpanan EBM :

- Gred A – susu ibu yang diberi secara direct kepada bayi (direct feeding dari payudara ibu)
- Gred B – chill EBM atau EBM sejuk iaitu susu ibu yang dipam dan diletakkan di bahagian chiller peti sejuk
- Gred C – EBM beku atau frozen iaitu susu EBM yang dibekukan dan kemudian dicair serta dipanaskan semula untuk diberi kepada bayi.
Bagaimana Set Breastfeeding Shaklee Mempengaruhi Cara Pengurusan EBM?
Memang benar, tanpa pengambilan sebarang supplemen penggalak susu, susu badan tetap akan ada. Tetapi, semasa penyusuan bayi, adalah sangat penting dan kritikal bagi seorang ibu untuk mengamalkan pemakanan berkhasiat dan memastikan bekalan susu ibu sentiasa ada.
Berapa ramaikah antara kita yang dapat memastikan kita sentiasa mendapat makanan yang berkhasiat setiap hari? Terutamanya bagi ibu bekerja dan perlu membeli makanan di luar. Adakah khasiat makanan-makanan tersebut terjamin? Di sinilah peranan pemakanan supplemen untuk membekalkan nutrien-nutrien yang tidak mencukupi didalam badan.
Ibu-ibu juga kadangkala mengalami stress atau tekanan dari persekitaran, pemakanan supplemen seperti B-Complex insya’Allah dapat membantu menenangkan ibu dan penggalak susu juga dapat membantu dalam pengurusan bekalan. Walaupun begitu, harus diingat, pengambilan set ini harus disertakan dengan pengepaman yang kerap dan pengambilan air sekurang-kurangnya 3L sehari.
Info harga : http://kedaivitamin.com/set-breastfeeding-shaklee-harga-set-breastfeeding-shaklee/
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.