Diabetes : Jika Anda Rasa Vivix Mahal, Cubalah Sakit

Apa itu kencing manis?

Kencing manis atau diabetes ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1) Tahap 1 – paras gula tinggi yang bergantung kepada insulin, berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan. Pesakit perlu disuntik insulin bagi mengawal paras gula tinggi dalam darah.

2) Tahap 2 – badan kurang sensitiviti terhadap insulin. Ini yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Insulin masih dihasilkan, tetapi tidak banyak membantu dan mungkin perlu disuntik insulin. Walaupun begitu, paras gula tinggi masih boleh dikawal melalui kawalan pemakanan, berat badan dan mengamalkan supplemen yang sesuai.

Kandungan Vivix Shaklee

1) Muscadine Grape Extract – mengandungi asid ellagik yang tinggi yang merupakan satu phytonutrien yang tidak ditemui dari anggur jenis lain. Kandungan asid tersebut didalam anggur ini telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan anti-virus, anti-bakteria dan kanser.

2) European Elderberries – berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun dalam badan. Selain daripada berkesan melawan jangkitan virus dan flu, ia juga berkesan untuk melawan jangkitan yis, asma, batuk, sesak hidung dan diabetes.

3) Purple Carrot – mengandungi anthocyanins yang merupakan antioksidan paling berkesan.

4) Polygonum Cuspidatum – juga dikenali sebagai Knotweed Jepun. Ia merupakan sumber komersil bagi Resveratrol. Resveratrol merupakan bahan yang melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Apa yang paling penting, Vivix Shaklee telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America. Salah satu badan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh rujuk di sini untuk senarai badan halal yang diiktiraf oleh Jakim.

Adakah Vivix Penawar Kencing Manis?

Vivix mengandungi kandungan resveraterol yang meningkatkan sensitiviti terhadap insulin. Bila tubuh sensitif pada insulin, ini akan membolehkan insulin menurunkan kandungan gula dalam darah. Ia juga membantu memulihkan badan untuk penghasilan insulin.

Saya rasa ianya produk yang berbaloi untuk dicuba kerana penyakit kencing manis walaupun di peringkat awal, cukup menyedihkan bagi pengidapnya. Bayangkan ibu bapa yang terpaksa mengawal pemakanan seumur hidup dan melihat sahaja orang lain menikmati makanan yang sedap. Lebih sedih lagi bila terpaksa menanggung penyakit-penyakit lain yang melibatkan buah pinggang atau jantung.

Apakah cara untuk elakkan potong kaki akibat kencing manis? Selain daripada mengawalnya dengan pengambilan ubat-ubatan doktor, adalah lebih baik mencuba supplement semulajadi Vivix. Vivix mempunyai sejarah yang panjang dalam membantu pesakit diabetes mengatasi penyakit tersebut dan elakkan potong kaki akibat kencing manis.

 

 

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017 Nia