Kebaikan susu ibu adalah terlalu banyak untuk ibu dan bayi. Tetapi dalam keadaan gaya hidup masa sekarang di mana ibu-ibu lebih ramai yang bekerja, amalan menyusukan bayi mula berkurangan dan ibu-ibu mula mencari alternatif lain untuk menyusukan bayi. Maka susu formula yang digunakan sebagai ganti dan kebaikan susu ibu mulai dilupakan.
Kebaikan susu ibu dalam Islam
Bagi ibu-ibu yang beragama Islam, sudah tentu sangat jelas dengan betapa kuatnya kita berpegang kepada Al-Quran dan hadis. Di dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah ayat 233) sudah jelas diperkatakan mengenai keperluan ibu untuk menyusukan anak selama 2 tahun.
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Memang benar ada kelonggaran sekiranya ibu tidak dapat menyusukan anak mereka, tetapi sebagai ibu, adakah kita sampai hati untuk tidak memberikan hak anak kita tanpa sebab yang munasabah?
kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.
Saya mengaku dahulu saya GAGAL menyusukan anak pertama saya dalam tempoh yang sepatutnya. Cuma ON dan OFF selama 2 bulan kerana bayi telah diberikan susu formula sejak di dalam wad lagi. Punca utama kegagalan saya ketika itu ialah KURANG ILMU. Tanggungjawab siapa sebenarnya untuk mencari ilmu penyusuan ini? Tidak lain dan tidak bukan IBU ITU SENDIRI.
Walaupun telah diberikan kelonggaran untuk berhenti menyusukan bayi sebelum usianya 2 tahun, tetapi ini cuma sesuai sekiranya ibu-ibu menghadapi masalah yang memang tidak dapat dielakkan.
Di antara sebab biasa ibu-ibu tidak berjaya menyusukan bayi ialah :
“Tukang urut saya kata susu saya sikit sebab cik B saya lembik…”
“Puting luka bila baby menyusu, jadi saya beri baby susu formula sahaja….”
“Mak/ Mak mertua saya suruh top up susu formula, sebab baby tak kenyang dengan susu badan saya…”
Jika kita sebagai ibu tidak mencari ilmu yang lengkap, kita akan mudah terpengaruh dengan apa juga pendapat orang sekeliling kita. Amat penting bagi seorang ibu mengetahui kebaikan susu ibu dan kedudukan menyusukan bayi di dalam Islam.
Sebenarnya ibu tiada susu selepas bersalin adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku. Jika ia berlaku pun, cuma kepada ibu yang memang menghadapi masalah khusus atau terpaksa mengambil ubat-ubatan yang menghalangnya dari menyusukan bayi.
Kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu
1) Rahim ibu akan cepat mengecut dalam tempoh berpantang (ini merupakan indikator utama dalam pemulihan ibu semasa berpantang)
2) Ibu akan cepat mendapat berat badan asal disebabkan kalori yang terbakar sewaktu menyusukan bayi.
3) Bayi mendapat perlindungan sistem imun dan antibodi dari susu ibu.
4) Hubungan erat di antara ibu dan bayi akan terjalin. Ini memberi keselesaan kepada bayi.
5) Menjimatkan masa dan wang dari membeli susu formula.
6) Susu formula memerlukan kita menukar susu apabila bayi sampai ke fasa umur tertentu. Ini tidak terjadi pada susu ibu kerana ia akan berubah komposisi mengikut keperluan nutrien pada tiap peringkat umur bayi. Subhanallah! Ciptaan Allah juga yang terbaik!
Tips memastikan bayi mendapat kebaikan susu ibu
1) Tambah ilmu ibu-ibu melalui forum, group penyusuan FB dan blog.
2) Dapatkan sokongan yang sepatutnya dari keluarga atau orang sekeliling.
3) Sentiasa berfikiran positif yang susu ibu BANYAK dan CUKUP untuk bayi.
5) Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan penyusuan.
6) Berikhtiar meningkatkan kuantiti susu ibu dengan mengepam secara kerap/direct feed, power pumping dan mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee.
Set Breastfeeding Shaklee Membantu Kebaikan Susu Ibu
Set ini mengandungi nutrien yang mencukupi untuk ibu & bayi serta milk booster yang merupakan antara penggalak susu terbaik di dunia!
Dapatkannya sekarang dengan bimbingan dari pengedar Shaklee yang telah berjaya menyusukan bayi selama 2 tahun dan memiliki pengetahuan meluas dalam penyusuan bayi!
1 Comment