Kenapa Pengedar Shaklee Kedekut Informasi?

Kenapa pengedar Shaklee kedekut informasi ya? Soalan ini kedengaran sedikit lucu. Tetapi inilah soalan yang pernah saya dapat dan pernah juga ditujukan kepada rakan-rakan pengedar saya yang lain. Soalan ini bukan ditujukan oleh pelanggan kami, tetapi oleh pelanggan pengedar lain. Alasan para pelanggan ini mereka tidak diberikan jadual makan yang betul oleh pengedar yang menjual kepada mereka.

Berbalik kepada persoalan mereka tadi,

Kenapa pengedar Shaklee kedekut informasi?

Saya ingin mengajak para pembaca menghayati situasi ini. Sekiranya pelanggan A membeli sesuatu produk dari Tesco dan mendapati produk yang sama dijual di Giant beserta dengan waranti, adakah pelanggan tersebut layak untuk menuntut waranti dari pihak Giant? Sudah tentu tidak kerana waranti tersebut adalah terhad kepada pelanggan Giant sahaja.

Begitu juga situasinya dengan konsultasi pengedar Shaklee tadi. Ia terhad untuk pelanggan mereka sahaja. Saya akan jelaskan lebih lanjut mengapa konsultasi kami terhad untuk pelanggan kami sahaja.

Perlu Latarbelakang Kesihatan Pelanggan

Kami memerlukan latarbelakang kesihatan pelanggan sebelum memberikan konsultasi dan jadual makan supplemen. Sekiranya pelanggan tersebut adalah pelanggan dari pengedar lain, sudah pasti kami tidak mempunyai maklumat yang diperlukan.

Pengedar Shaklee Banyak Komitmen Lain

Majoriti pengedar Shaklee menceburi bidang ini secara part time dan mempunyai banyak komitmen. Walaupun pengedar tersebut merupakan seorang surirumah, dia akan mempunyai komitmen lain bersama keluarganya. Kami sedaya upaya cuba untuk membantu pelanggan yang memerlukan bantuan, tapi para pelanggan juga perlu membantu kami untuk membantu anda šŸ™‚

Menjaga Imej Shaklee

Kami pengedar Shaklee perlu menjaga imej produk Shaklee dan kami perlu mencari cara untuk membendung tindakan sesetengah pengedar yang cuba ‘lari’ tanpa memberikan konsultasi dan jadual makan vitamin yang betul kepada pelanggan. Disebabkan itu kami akan cuba memberi keyakinan kepada pelanggan yang tidak mendapat hak sewajarnya untuk menuntut hak mereka daripada penjual sebegini.

Komitmen KedaiVitamin.com Tidak Kedekut Informasi

Kami sebagai pengedar Shaklee dari KedaiVitamin.com komited untuk memberikan konsultasi terbaik eksklusif kepada para pelanggan kami dan jadual makan yang sepatutnya.

2 Comments

Comments are closed.