Masa hari raya haji baru-baru ni, ada sepupu saya tegur. Makin kurus saya sekarang katanya. Padahal anak dah 3 orang. Saya tersengih-sengih dan tanya balik,
” ye ke dah kurus?”..
mengada-ngada pulak saya ni, orang dah puji banyak soal pulak. Kalau tiba-tiba sepupu tu jawab..
“ko tak kurus, akak saja je cakap!”..haha..kan le haru tu.
Sebenarnya kawan-kawan di ofis pun ada tegur. Akak makin kurus katanya. Mula-mula saya tak ambil kisah sangat dan tak fikir pun. Tapi bila suami sendiri pun tegur kata dah kurus, eh..kurus betul la kot. Memang sungguh pun dah banyak kurang berat badan saya.
Saya memang menyusukan baby, sekarang dah lebih setahun umur anak ketiga saya, Mashitah dan dia masih menyusu. Tapi dulu anak kedua saya Muhamad pun menyusu badan juga. Sampai 2 tahun umurnya menyusu badan, tapi takde pulak orang tegur kata makin kurus berbanding sebelum mengandung dulu.
Bila saya fikir-fikirkan balik, baru teringat, masa bersalinkan Muhamad dulu, saya tak ambil Lecithin dan Omega Guard. Saya cuma ambil set breastfeeding Shaklee yang biasa saja, tanpa Omega Guard dan Lecithin. Maklumlah, masa tu pun saya baru-baru nak berkenalan dengan Shaklee. Selalu dengar cerita orang saja, Lecithin ni bagi cepat kurus. Alhamdulillah, sekarang dah merasa sendiri.
Selain itu, apa yang saya nampak, Mashitah nampak cepat belajar berbanding kakak dan abangnya. Kakak dan abangnya ikut normal rate, bila waktu patut pandai berjalan, pandai duduk dan sebagainya, tapi Mashitah ni semuanya advance pulak. Alhamdulillah, mungkin khasiat dari Omega Guard yang saya ambil. Omega Guard ni mengandungi minyak ikan dan DHA untuk perkembangan otak bayi. Bayi akan dapat khasiatnya melalui penyusuan oleh ibu.
Apa beza Lecithin dan Omega Guard untuk kurus?
Sebenarnya kedua-duanya pun sama, matlamatnya mengurangkan berat badan. Cuma cara dan speednya saja berbeza. Lecithin bertindak tak sepantas Omega Guard. Saya pernah terbaca seorang pengedar Shaklee mengibaratkan Lecithin macam naik keretapi dan Omega Guard macam naik kapal terbang.
Tapi kalau ambil dua-dua macam saya? Kelajuan kurus yang macam turbo la jawapannya đŸ™‚
Berminat nak mencuba Set Kurus Turbo ni? Special promotion untuk ibu menyusu ya. Cuma hubungi saya pada nombor di bawah.
