Luka Bersalin Lambat Sembuh dan Penyelesaiannya

Luka bersalin lambat sembuh memang cukup merisaukan. Mana tidaknya, rasa sakit dan tak selesa memang menganggu. Luka bersalin lambat sembuh juga akan menyebabkan ibu berpantang jadi fobia untuk buang air besar. Rasa sakit dan ngilu menganggu fikiran.

Tambahan pula ibu berpantang memang tak boleh minum air banyak, masalah sembelit pun sama dihadapi. Memang stress jadinya dan sangat menyeksakan.

11 Penyelesaian Luka Bersalin Lambat Sembuh

1) Elakkan duduk atau baring terlalu lama. Jika perlu duduk gunakan bantal menyusu atau pelampung bulat untuk mengurangkan tekanan pada tempat luka.

2) Rendam bahagian luka bersalin dengan campuran air garam suam sehingga kepanasan air hilang.

3) Pastikan bahagian luka bersalin sentiasa bersih.

4) Jika perlu, boleh gunakan pengering rambut untuk mengeringkan tempat luka. Anginkan bahagian luka sekali sekala.

5) Bilas bahagian faraj 2-3 jam sekali bagi mengelakkan ia terkena jangkitan darah nifas.

6) Cuci bahagian luka dengan cecair antiseptik yang diberi oleh doktor.

7) Semasa membuang air besar, tekan lembut bahagian jahitan atau cuba kepitkan kaki sedikit untuk mengelakkan bahagian jahitan menjadi tegang.

8) Elakkan dari sembelit, kerana ia boleh menyebabkan luka menjadi lebih sakit. Boleh amalkan Ostematrix untuk melembutkan air besar.

9) Amalkan senaman kegel untuk menggalakan pergerakan darah ke vagina dan mempercepatkan penyembuhan.

10) Amalkan pemakanan buah-buahan dan sayuran untuk mempercepatkan penyembuhan. Pengambilan bijirin yang mengandungi zinc juga mempercepatkan penyembuhan luka.

11) Minum banyak air kerana kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan luka bersalin lambat sembuh dan sembelit. Pengalaman saya sendiri, saya memang memastikan pengambilan air yang cukup semasa berpantang, alhamdulillah badan saya tidak kembang dan masih mampu kembali ke berat asal.

source

Set Luka Bersalin Cepat Sembuh

Ostematrix – mengandungi kalsium dan magnesium. Kalsium membantu mengelakkan sakit belakang semasa tempoh berpantang dan magnesium berfungsi melembutkan air besar bagi mengurangkan tekanan pada tempat jahitan.

Vitamin C – Antioksidan penting untuk luka bersalin cepat sembuh. Ia membantu membentuk kolagen pada kulit untuk menyembuhkan luka dan membentuk salur darah baru.

Zinc – Zinc membantu sintesis protein dan turut membentuk kolagen. Kolagen ini yang mempercepatkan pemulihan luka bersalin.

ESP – Protein dalam ESP membantu memperbaiki tisu yang rosak dan mempercepatkan pemulihan jahitan.

luka bersalin lambat sembuh

 

Harga Retail : RM336.00 ;

Harga Diskaun : Hubungi Nia 012664658 untuk info

wpid-footnote.jpg