Mandi Serung Semasa Berpantang

Mandi serung merupakan amalan mandi air rebusan herba selepas bersalin. Walaupun ia boleh dianggap warisan tradisional, ia masih praktikal untuk dilakukan oleh ibu moden. Di antara tujuan mandi serung :

1) Melancarkan perjalanan dar
2) Mewangikan tubuh badan
3) Memanaskan badan
4) Mencantikkan kulit

Cara Penyediaan Mandi Serung

Cara penyediaannya agak mudah, tetapi mungkin agak mencabar sekiranya tinggal di bandar-bandar besar. Ia memerlukan

Daun Bunga Raya

mandi serung
Daun Jambu


Daun Pandan

mandi serung

Serai Wangi

Daun Lengkuas

Daun Mengkudu

Halba

Cara penyediannya :

1) Rebus semua bahan-bahan di atas (boleh pilih untuk racik daun-daun yang agak besar)
2) Tutup api selepas air mendidih.
3) Tapis air rebusan
4) Campurkan dengan air sejuk kalau air terlalu panas
5) Siap untuk mandi.Kesannya sama seperti mandi herba di spa atau salun.

Ia juga sangat menjimatkan. Secara alternatif, sekiranya menghadapi kesukaran untuk mencari daun-daun dan tidak mempunyai masa untuk penyediannya, boleh gunakan pek herba yang banyak terdapat  di pasaran. Ia menyerupai uncang teh, cuma agak besar kerana digunakan untuk satu kali mandian.Inginkan Set Bersalin Moden yang sesuai untuk ibu berpantang sendiri?

set bersalin shaklee super premium wmark

Hubungi sekarang untuk tempahan dan konsultasi percuma!!

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)

SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658

FB :  https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins

Email : kedai.vitamin@yahoo.com

atau isi borang

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2014 Nia