Panduan Pemilihan Set Pencuci Muka Terbaik – Nutriwhite

Panduan memilih pencuci muka terbaik terdiri daripada beberapa aspek. Adalah penting untuk kita mengenalpasti perkara-perkara berikut dahulu :
1) Masalah pada kulit muka (jerawat, berminyak, kering etc)
2) Jenis kulit muka (kombinasi/ kering/berminyak)
3) Ada alahan pada apa-apa bahan?
4) Adakah masalah kulit disebabkan hormon?

Selepas mengenalpasti masalah kulit anda dan punca, boleh teruskan mengenalpasti apa yang anda perlu pada pencuci muka terbaik anda.
1) Bebas bahan kimia merbahaya.
2) Pek yang tahan lama apabila digunakan.
3) Sebaiknya dapatkan yang tidak mempunyai bau atau bahan pewarna kerana ia menandakan tingginya kandungan bahan kimia didalamnya.
4) Pastikan anda boleh mendapat konsultasi daripada penjual sekiranya terjadi sebarang masalah semasa menggunakan pencuci muka tersebut.
5) Menggunakan bahan-bahan semulajadi sebagai kandungan.

Keistimewaan Pencuci Muka Terbaik NutriWhite Shaklee

1) Ia tidak berbau kerana tidak menggunakan bahan kimia pewangi sintetik yang merbahaya untuk kulit.

2) Mengandungi alga hijau yang berfungsi untuk ‘detoks’ kulit dan memberi lembapan pada kulit.

3) Membersihkan kulit dengan menyingkirkan sel mati dengan rumpai laut.

4) Rumpai laut turut berfungsi untuk menegangkan kulit.

5) Mencerahkan kulit dan mengimbangkan pigmentasi dengan Strawberi Begonia.

6) Nutriwhite Shaklee tidak memutihkan kulit dengan bahan-bahan pengelupasan atau hidrokuinon.

7) Produk ini adalah setaraf dengan jenama antarabangsa yang terdapat di pasaran. Kelebihannya adalah anda akan diberikan khidmat konsultasi sekiranya menghadapi sebarang masalah sepanjang penggunaannya. Berbanding dengan produk antarabangsa yang dijual di kaunter, di mana anda perlu ke kaunter itu semula untuk konsultasi.

8) Set Nutriwhite Shaklee membantu menyelesaikan masalah-masalah yang menyebabkan kulit kusam, pigmen pada kulit, tompok-tompok hitam dan jeragat.

9) Gabungan 16 nutrien yang membantu kulit menjadi lebih cerah dan berseri.

Pengalaman Menggunakan Pencuci Muka Terbaik NutriWhite Shaklee

Saya memang tidak teliti dalam memilih pencuci muka sebelum ini. Pada saya pencuci muka yang wangi adalah pencuci muka terbaik. Sehinggalah saya mendapat masalah kulit yang teruk dan kulit muka saya sering terasa pedih-pedih barulah saya menyedari bahaya bahan kimia pada pencuci muka.
Apabila mula menjadi pengedar Shaklee, saya mula perasan dengan dua jenis set penjagaan kukitnya iaitu Nutriwhite dan Enfuselle. Setelah mengambilkira jenis kulit, saya membuat keputusan untuk mencuba pencuci muka Nutriwhite.

Ia tiada bau, warna dan sangat tahan lama. Kulit saya rasa lebih selesa dengan setiap cucian tanpa rasa tegang dan pedih pada kulit.

Masalah kulit pun tiada lagi dan ia sememangnya pencuci muka terbaik untuk saya.

 Harga Pencuci Muka Terbaik Shaklee – NutriWhite

Selain dari Gentle Deep Foaming, Nutriwhite juga memiliki pelbagai produk lain.

nutriwhite set

1. Gentle Deep Foam Cleansing – RM119.00
2. Soothing Radiance Whitening Softener – RM138.00
3. Daily Defense Whitening Essence – RM231.00
4. Ultimate Protection Whitening Lotion – RM200.00
5. Overnight Renewal Whitening Cream – RM225.00
6. Gentle Action Makeup Remover – RM95.00
7. Spot Whitening Treatment – RM150.00
image

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2014 Nia

2 Comments

Comments are closed.