Pengedar Shaklee Yang Patut Anda Pilih

Pengedar Shaklee memang ramai di Malaysia , malahan tidak mustahil sekiranya ada di kalangan orang di sekeliling anda yang merupakan pengedar Shaklee samada untuk kegunaan sendiri atau pun untuk bisnes. Tidak dinafikan ada di kalangan pelanggan yang suka membeli dengan orang yang mereka kenali. Tetapi kebanyakan pengedar Shaklee yang dikenali ini tidak mempunyai kebolehan yang baik dalam konsultasi. Maka terjadilah kekecewaan pada pihak pelanggan. Ada juga pelanggan yang cuba mendapatkan konsultasi dari pengedar lain apabila kecewa dengan pengedar mereka. Tetapi kecewa lagi kerana kebanyakkan pengedar Shaklee tidak memberi konsultasi percuma kepada mereka yang bukan pelanggan mereka. Oleh itu, pastikan pengedar Shaklee anda benar-benar berkualiti sebelum membuat pembelian dengan mereka. Ini bagi mengelakkan kekecewaan dari segi konsultasi.

Ciri-Ciri Pengedar Shaklee Yang Baik

1) Sekiranya mempunyai blog, isi kandungan blognya menampakkan yang dirinya benar-benar faham tentang produk Shaklee. Tetapi awas, terdapat pengedar Shaklee yang menulis blog dengan copy paste blog pengedar lain tanpa memahami tentang produk dan sesuatu penyakit itu.

2) Semasa anda menghubungi pengedar Shaklee tersebut dan bertanya tentang produk yang sesuai, pengedar dapat mencadangkan produk yang relevan.

3) Pengedar Shaklee tersebut dapat melayani setiap pertanyaan anda dengan profesional.

4) Pengedar menawarkan konsultasi percuma dan jadual makan vitamin untuk anda.
image

5) Pengedar Shaklee tersebut mempunyai blog dan page FB yang sentiasa dikemaskini.

6) Pengedar Shaklee dapat dihubungi dengan mudah melalui telefon, FB atau email.

7) Pengedar Shaklee tersebut mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang tidak meragukan.

Bagaimana Mengenalpasti Pengedar Shaklee Sebenar

Ia penting bagi memastikan anda membeli dari pengedar yang sah.

1) Mempamerkan logo Sales Independent Disributor beserta nombor ID
image

2) Mudah untuk dihubungi melalui telefon, email atau Facebook.

3) Anda juga boleh cuba untuk menyemak dengan pihak Shaklee sendiri bagi memastikan pengedar benar-benar berdaftar dengan Shaklee.

4) Tidak menyuruh anda mendapatkan maklumat/konsultasi dari blog atau page pengedar lain.

5) Tidak pasti set yang sesuai untuk penyakit yang ditanya. Pengedar Shaklee sebenar sentiasa melakukan research dan menghadiri kursus berkaitan untuk menambahkan ilmu tentang produk.

Saya cadangkan terus saja membeli dari KedaiVitamin.com. Kepuasan terjamin.Insya’Allah.