Konsultasi Terbaik untuk Set Bersalin Shaklee

Sejak kebelakangan ini saya sering dihubungi oleh ibu-ibu yang bertanyakan cara makan Set Bersalin Shaklee yang betul. Menurut mereka, pengedar yang menjual kepada mereka tidak mengajarkan mereka cara makan yang betul. Saya sangat bersimpati kepada ibu-ibu ini. Duit sudah banyak habis, tapi cara makan yang betul tidak disertakan pula.

Ada satu lagi situasi bila saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang telah diminta oleh pengedar yang menjual kepadanya untuk menghubungi saya bagi konsultasi. Tapi hakikatnya saya tidak mengenali pengedar tersebut. Lucu juga bila dikenangkan.
Tapi sedih bila mengenangkan nasib ibu-ibu yang tersilap membeli daripada pengedar sebegini.

Saya sendiri pernah mengalami 2 kali keguguran dan pernah bersalin sebanyak 2 kali. Ilmu dan pengalaman yang ada memang saya gunakan sepenuhnya untuk konsultasi para pelanggan saya. Malahan, saya akan pastikan set yang dibeli adalah mengikut kesesuaian dan keperluan para pelanggan saya. Itulah rahsia untuk konsultasi terbaik yang selama ini saya berikan.

Konsultasi penuh dan Cara Makan Set Bersalin Shaklee akan saya sertakan selepas pembelian untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti vitamin yang patut mereka ambil.

Konsultasi Terbaik untuk Set Bersalin Shaklee

Soalan lazim untuk Konsultasi Terbaik Set Bersalin Shaklee

1) Siapa yang sesuai mengamalkan Set Bersalin Shaklee?
Semua ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan. Malah ibu yang mengalami keguguran juga sesuai untuk menggunakannya.

2) Bolehkah Set Bersalin Shaklee berfungsi sebaik Set Bersalin tradisional?
Insya’Allah boleh. Ini adalah kerana Set Bersalin Shaklee turut bermatlamat yang sama seperti Set Bersalin tradisional, iaitu memastikan kesihatan ibu di tahap yang terbaik. Persamaan fungsi di antara Set Bersalin Shaklee dan Set Bersalin Traditional boleh dibaca di sini 

3) Bolehkan saya mendapatkannya pada harga ahli?

Sudah tentu boleh, dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

4) Adakah tempoh tertentu untuk saya mendapat konsultasi terbaik dari KedaiVitamin.com?
Selagi anda masih menjadi pelanggan kami, tiada tempoh luput untuk anda mendapat konsultasi kami.

5) Mengapa saya tidak boleh mendapatkan konsultasi percuma dari KedaiVitamin.com jika saya membeli dengan pengedar lain?

Setiap pengedar mempunyai aturan cara makan yang berbeza untuk para pelanggan yang membeli mengikut cadangan vitamin yang diberikan oleh pengedar tersebut. Jikan anda membeli dari pengedar lain dan mendapatkan nasihat konsultasi dan cara makan dari pengedar lain, anda mungkin tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan.

Bagaimana boleh mendapatkan konsultasi dari KedaiVitamin.com?

Dengan menjadi pelanggan kami dan membuat pembelian mengikut yang dicadangkan.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

konsultasi terbaikfootnote

 

1 Comment

Comments are closed.