Set Breastfeeding : Vitamin Ibu Menyusu

    

Tesimonial Pertama Selepas Mencuba Set Breastfeeding Shaklee dari belognia.com

Mula-mula aku dengar tentang Set Breastfeeding Shaklee dari kawan sekolah aku, Cikgu Hani. Dia yang recommend masa tu sebab aku selalu ‘cramp’ waktu pregnant Matt dulu. Masa tu aku ambil Ostematrix dengan ESP. Alhamdulillah, takde ‘cramp’ sejak ambil Oste. Ini bukan cakap-cakap iklan ni, serius memang tak ‘cramp’ bagi aku. Kalau dibandingkan time pregnant Madihah dulu, sedihnya, selalu sangat ‘cramp’, dah la sorang-sorang masa tu..sobs..

Lepas bersalinkan Matt, aku memang berazam nak BF selama yang boleh. Masa Diha dulu memang fail, tak dapat 2 bulan penuh pun. Puncanya kurang ilmu dan motivasi. Tapi, aku perasan Matt kerap sangat nak menyusu, macam tak kenyang-kenyang. Aku pun teringat Set Breastfeeding Shaklee. Rasa semangat pulak nak cuba sebab banyak dengar testimoni yang baik tentang set ni.

Bila dah makan Set Breastfeeding Shaklee ni, antara kesan ketara yang aku nampak :

1) Baby takde la kerap sangat mintak susu. Nampak dia lebih puas menyusu, lagi kenyang.

2) Susu yang aku pam pun banyak kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya.

3) Aku tak mengantuk lagi dah waktu tengahari di pejabat. Kalau tak sebelum ni, 2-3 kali kena cuci muka kat toilet.

4) Kalau bangun malam menyusu baby pun, tak rasa kurang tidur waktu pagi.

5) Malam-malam, baby lebih lena tidur, sebab perut kenyang la tu.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call

Nia :012-661 4658  atau  email: kedai.vitamin@yahoo.com