Tak nak cuba Shaklee? Landmark Study ini akan ubah pendirian anda! – Part 1

Shaklee merupakan satu-satunya syarikat supplemen di dunia yang mempunyai Landmark Study.

Apa itu Landmark Study?

Supplemen saya ada juga buat lab test study juga, apa lebihnya Shaklee?

Penting ke ada Landmark Study ni pun?

Artikel ini mempunyai 5 bahagian, boleh pilih tajuk yang anda minat atau teruskan membaca keseluruhan artikel ya.

1) Permulaan Landmark Study

Mr. Roger Bennet (CEO Shaklee sekarang) semasa mula-mula membeli syarikat Shaklee, beliau sudah sedia maklum tentang kehebatan dan segala kebaikan produk Shaklee. Tetapi, sebagai seorang yang berfikiran mengikut logik dan memerlukan bukti sahih, beliau mahukan Shaklee untuk mempunyai lebih dari testimoni dan ‘claim-claim’ sebegini. Pada waktu itulah beliau mengambil keputusan untuk memasukkan produk-produk Shaklee ke dalam Landmark Study.

Apa itu Landmark Study?

Ia adalah study yang dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Shaklee. Kalau ujian ujikaji yang melibatkan makmal persendirian milik syarikat supplemen tersebut tidak dikira sebagai Landmark Study ya. Kalau ujikaji sendiri, pihak pengguna boleh rasa skeptikal sebab keputusan tersebut ditakuti mempunyai unsur-unsur bias.

2) Penglibatan National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES)

Pihak yang menguruskan Landmark Study ini adalah National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES). Apa kriteria yang menyebabkan badan ini dipilih untuk menjalankan study yang sangat mencabar ini?

1) NHANES merupakan satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam menjalankan survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

2) Sebelum ini, pihak NHANES telah pun menjalankan 1 study yang lengkap ke atas supplemen dengan melibatkan kumpulan pengamal vitamin vs. kumpulan yang tidak mengamalkan vitamin dalam kehidupan seharian.

3) Mr Roger telah mencadangkan kepada pihak NHANES untuk menambah 1 lagi kumpulan iaitu kumpulan pengamal vitamin Shaklee (yang telah mengamalkan Shaklee dalam tempoh 20 tahun dan ke atas)

4) Keputusan akhir Landmark Study ini nanti bakal melibatkan 3 buah kumpulan iaitu :

i) Kumpulan pengamal vitamin

ii)Kumpulan yang tidak mengamalkan vitamin

iii)Kumpulan pengamal vitamin Shaklee (dalam tempoh 20 tahun dan ke atas)

NHANES bersetuju untuk menjalankan study ini, dan turut memilih satu institusi yang terkenal iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ini. Kredibiliti study ini sangat terserlah dengan penglibatan pihak-pihak yang hebat seperti ini.

3) Penglibatan Dr. Gladys Block

Penyelidik yang menjadi orang no.1 dalam study ini ialah Dr. Gladys Block. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Epidemiologi dan Public Health Nutrition. Epidemiologi adalah satu bidang  kajian tentang faktor yang mempengaruhi taraf kesihatan sesuatu populasi. Bidang ini amat mementingkan perubatan berasaskan bukti. 

 

Segala keputusan bagi Landmark Study ini adalah mengikut keputusan Dr. Gladys Block dan bukan pihak Shaklee. Keputusan yang didapati samada berpihak kepada Shaklee atau pun tidak akan tetap dipublish dalam bentuk journal. Risiko seperti ini menyebabkan banyak syarikat supplemen tidak menyertai Landmark Study seperti ini. Mr. Roger Bennet bersedia menghadapi risiko ini sebab keyakinannya terhadap ketinggian mutu dan kualiti produk Shaklee sendiri. Malahan ada sesetengah pihak menyatakan Dr. Gladys Block sendiri yang menawarkan untuk menjalankan study ini.

Bagaimana Landmark Study tersebut dijalankan? Bersambung pada artikel akan datang ya 🙂

 

 

 

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017 Nia