Teknik Bernafas Ketika Bersalin Buat Panduan Ibu-Ibu

Teknik bernafas ketika bersalin sebenarnya sangat penting untuk diketahui oleh ibu-ibu. Ia sememangnya mempengaruhi proses ibu melahirkan bayi nanti. Melahirkan bayi bukan bermakna ibu-ibu perlu meneran semata-mata. Meneran tanpa teknik bernafas ketika bersalin yang betul boleh menyebabkan berlaku koyak atau ‘tear’ pada bahagian perinium, malah kadangkala bayi tidak dapat keluar dan menyebabkan doktor mengambil tindakan melakukan episotomi atau memotong sedikit bahagian perinium.

Didalam konsep ‘gentle birthing’ adalah sangat penting untuk mendapatkan kelahiran secara semulajadi yang boleh. Ini termasuklah belajar teknik bernafas ketika bersalin yang betul. Selain daripada memudahkan kelahiran bayi, teknik bernafas ketika bersalin juga bertujuan untuk mengurangkan kesakitan ibu semasa mengalami kontraksi. Apabila ibu menumpukan perhatian pada pernafasan, rasa sakit kontraksi akan dirasakan sangat minima.

Pantang Dalam Teknik Bernafas Ketika Bersalin

1) Ibu yang bakal bersalin tidak boleh kehilangan fokus dan ritma semasa melakukan teknik bernafas ketika bersalin. Ini kerana ianya akan menyebabkan ibu mulai terasa kekuatan sakit bersalin dan akan mula hilang kawalan.

2) Ibu perlu mengawal diri dan bertenang bagi memastikan teknik bernafas ketika bersalin dapat dilakukan dengan baik.

3) Jangan biarkan persekitaran menganggu fokus dan memberikan tekanan kepada ibu semasa sakit bersalin.

Ibu yang berasa dalam keadaan tertekan akan mudah menjadi gementar dan hilang fokus pada teknik bernafas ketika bersalin. Nafasnya akan berubah menjadi tercungap-cungap dan boleh memberikan kesan buruk kepada bayi apabila ia menyebabkan kurangnya oksigen untuk ibu dan bayi. Ibu boleh menjadi kepenatan dan kehabisan tenaga apabila tiba waktu dia sepatutnya melahirkan bayi.

3 Jenis Teknik Bernafas Ketika Bersalin

Ibu perlu bertenang dan mengatur corak pernafasan, ia sepatutnya dilepaskan lebih panjang berbanding dengan tempoh sewaktu menarik nafas.

teknik bernafas ketika bersalin

pic source

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk bernafas ketika kelahiran :

1) Teknik Re-Laks atau Doa Nabi Yunus

Tenangkan fikiran dan bayangkan perkataan dengan dua suku kata RE – LAKS, atau hafal doa Nabi Yunus bagi yang beragama Islam boleh cuba bahagikan doa nabi Yunus ini dalam dua bahagian. Sebut bahagian pertama semasa menarik nafas dan bahagian kedua semasa menghembus nafas. Lepaskan semua tekanan semasa ibu-ibu menghembus nafas.

2) Teknik Mengira

Kira 1-3 semasa menarik nafas dan 1-4 semasa menghembus nafas. 

3) Tarik dan Hembus

Tarik nafas melalui hidung dan hembus ia keluar melalui mulut. 

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Bersalin

Ini adalah kombinasi set paling lengkap untuk ibu bersalin. Info lanjut boleh didapati di sini

SET BERSALIN SHAKLEE

footnote