Testimoni Set Kesuburan Shaklee

set kesuburan shaklee

Berita baik dari seorang sahabat betul-betul buatkan saya teruja. Sahabat saya ini telah 6 tahun berumahtangga. Tapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Dugaan Allah di awal perkahwinan.  Satu hari semasa bertanyakan khabarnya, dia memberitahu saya tentang keinginan mereka suami isteri untuk mendapatkan anak. Sebenarnya boleh dikatakan semua pasangan inginkan anak. Saya terus mencadangkan mereka berdua untuk mencuba Set Kesuburan Suami Isteri Basic. Ketika itu COQ belum berada di pasaran,  jadi mereka mencuba GLA, Zinc dan Vitamin E.
Sahabat saya ini bukan hanya istiqamah dalam mengamalkan supplemen ini, tetapi selalu merujuk kepada saya untuk konsultasi dan tips-tips untuk mendapatkan anak. Alhamdulillah,  sedikit ilmu yang ada pada saya ini, sangat membantu katanya.
Saya juga sama-sama mencari ilmu yang lebih untuk membantu sahabat saya ini. Ketika itu saya banyak menumpukan pada set breastfeeding, set bersalin dan set ibu hamil sahaja. Pada ketika ini lah saya menambah ilmu mengenai kesuburan. Banyak juga ilmu berguna yang saya perolehi, alhamdulillah. Saya juga belajar ilmu mengira waktu subur semasa itu.
Sahabat saya tadi menghubungi saya bulan lepas dan memberitahu saya berita gembiranya. Dia disahkan mengandung, semasa itu dia baru sudah selesai menghabiskan 3 botol GLA. Begitu istiqamah dan bersabarnya dia. Itulah keistimewaan supplement,  ia lambat tapi insya’Allah berkesan.

Set Kesuburan Shaklee

Fungsi utamanya adalah mencukupkan keperluan nutrien dalam bahagian badan. Bila badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi, barulah sesuatu bahagian itu dapat berfungsi dengan baik. Ini termasuklah bahagian yang menentukan kesuburan.

Proses dan usaha mendapatkan anak memerlukan kesabaran yang tinggi. Doa dan tawakal kepada Allah juga merupakan intipati penting untuk mendapatkan anak.Saya pernah mengalami situasi tersebut dan dalam hati selalu terdetik di dalam hati mengapa ia mudah bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi saya. Tetapi sebenarnya perancangan Allah itu sangat teliti. Dia yang Maha Mengetahui, apa yang penting kita berusaha mengikut kemampuan kita.
Bagaimana Set Kesuburan Shaklee membantu ramai pasangan untuk mendapatkan anak?
Ianya berfungsi untuk :
1) Memperbaiki kitar haid wanita menjadi teratur
2) Menambah keintiman suami isteri
3) Menyediakan persekitaran yang subur di dalam rahim untuk persenyawaan
4) Menjadikan sperma aktif dan berkualiti bagi lelaki
5) Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki
6) Mencantikkan kulit bagi wanita

Semua ini insya’Allah dapat membantu meninggikan lagi peratusan hamil untuk pasangan.

Set Kesuburan ini mengandungi :

GLA Complex :  GLA atau gamma linolenic membantu mengawal selia hormon estrogen dan progesteron. Antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang wanita sedang melalui tempoh subur adalah lendir yang berwarna putih telur yang juga dijadikan petanda tempoh ovulasi. Seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. GLA berfungsi untuk menjadikan petanda ini benar-benar subur untuk persenyawaan. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu menjadikan lendir ini sesuai untuk pensenyawaan. Ia akan membantu sperma untuk berenang ke tiub fallopio dan menjadikan persekitaran di dalam uterus sesuai untuk sperma terus hidup (bermakna lebih masa baginya untuk sampai kepada ovum).

Set Kesuburan Shaklee Malaysia

Vitamin E-Complex : Mengandungi ‘tocopherol’ secara kasarnya bermaksud ‘mendapat anak’ dalam bahasa Greek. (Tokos – offspring ; pherol – to bear)Bagi Lelaki :  Lelaki yang mengalami masalah kesuburan, biasanya mengalami kekurangan vitamin E. Jelas sekali vitamin E penting bagi menjamin kesuburan. Ia juga berfungsi untuk menjadikan sperma aktif dan berkualiti. Vitamin dapat mengurangkan risiko terhasilnya sperma yang tidak sempurna yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran atau kecacatan pada janin.Bagi wanita : Meningkatkan penghasilan lendir kesuburan wanita yang boleh membantu sperma untuk hidup lebih lama di dalam uterus. Ia juga membantu menghasilkan ovum yang berkualiti tinggi, sekaligus mengurangkan risiko keguguran atau kecacatan janin.

set kesuburan shaklee
Co-enzyme Q10 : Mengandungi ekstrak teh hijau dan Vitamin E.Bagi lelaki : Mengurangkan tekanan oksidatif yang membantu memberi persekitaran yang baik bagi meningkatkan bilangan sperma, pergerakan sperma dan kualitinya. Bagi wanita : Penghasilan telur (ovum) memerlukan tenaga yang banyak. Pengambilan Co-enzyme Q10 memberikan lebih tenaga untuk penghasilan telur. Satu kajian telah dilakukan di Canada pada 2009 mencatatkan kejayaan mengandung yang lebih tinggi bagi wanita yang mengambil Co-enzyme Q10.

set kesuburan shaklee

Harga Set Kesuburan Shaklee

GLA Complex (60 biji) : RM91.25 Vitamin E (120 biji) : RM149.00 Co-enzyme Q10 (30 biji) : RM124

Harga vitamin dan supplemen Shaklee sebenarnya merupakan yang terendah jika dibandingkan dengan supplemen lain yang terdapat di pasaran. Insya’Allah ia berkesan untuk membantu memperbaiki kesuburan.
Ingin membeli dengan harga ahli?

Tentu saja boleh!

Ia boleh didapati dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM75 (SM)/ RM85 (SS) sahaja untuk seumur hidup.

Apakah kelebihan menjadi ahli?
1) Harga ahli untuk selama-lamanya
2) Point terkumpul dengan setiap pembelian yang boleh ditukarkan dalam bentuk wang (menyamai konsep kad bonuslink)
3) Peluang untuk menyertai bisnes online Shaklee jika berminat. Kami menyediakan ‘coaching’ secara online dan ahli akan dimasukkan ke dalam group eksklusif kami di FB.
4) Konsultasi kesuburan yang berterusan.

footnote