Tips Mendidik Anak Semasa Anak Tidur

Bolehkah kita memukul anak? Ini bukanlah tips mendidik anak yang terbaik sebenarnya.

source : google

Memukul yang dimaksudkan bukan pukul yang belasah beria-ria tu. Tapi (sebagai contoh), memukul dengan menepuk tangan atau kakinya sedikit disertakan dengan penjelasan kenapa dia tak sepatutnya berbuat begitu.

Kalau melihat kaedah memukul ini sebagai tips mendidik anak, saya sangat yakin lebih ramai yang kurang bersetuju dan mesti ramai merasakan kaedah psikologi adalah lebih baik. Terdapat pendapat mengatakan tidak boleh memukul anak sebelum dia berumur 10 tahun berdasarkan ayat ini.

مُرُوْا أَوْلاَدََكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ ٬ وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ

“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat, ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka jika melalaikannya, ketika mereka berusia sepuluh tahun. … “

Apa yang paling penting, kita memukul bukan disebabkan perasaan MARAH, tetapi dengan niat mahu MENDIDIK kerana Allah s.w.t. Kalau kita memukul sebab kita marah, maka terjadilah kecederaan-kecederaan yang tak diingini tu, termasuklah kes dera.

Antara tempat yang perlu dielakkan semasa memukul anak ialah kepala, muka, dada dan perut. Ia berbalik pada konsep asal untuk mendidik anak tersebut.

source

Pendapat Mengenai Memukul Anak

1) Daripada wikipedia (jika ada salah silap untuk ayat ini, harap beri teguran ya)

Berkaitan mereka yang memukul anak mereka suatu fatwa Mufti Kafaayatullah memberikan kita yang berikutnya:

‘Kecuali muka dan bahagian-bahagian sensitif badan, ia dibenarkan untuk memukul seorang anak untuk tujuan disiplin asalkan had itu tidak dilanggar, iaitu memukul anak dengan cara yang luka diberikan, atau tulang dipatah, atau lebam yang bermuncul atau suatu internal disorder results (to the heart or brains, etc.). Kalau had dilanggar seperti dijelaskan tersebut dalam mana-mana cara, walaupun dengan satu pukulan, orang seperti itu dianggap berdosa’[20]

2) Daripada whatoexpect

Is a warning smack okay? Some experts (and parents) believe that a smack on the hand or the bottom may be warranted in a dangerous situation to get an important message quickly across to a child too young to understand words — for example, when a tot wanders into the street or continues to approach a hot stove following a stern warning. That’s okay, as long as your intention is not to inflict pain but to quickly call a child’s attention to the seriousness of the situation. Such a slap should be followed by an explanation: “If you run into the street, a car could hurt you.” Once a child shows that she understands what you say, however, physical force is no longer justifiable.

Jadi macam mana? Setuju atau tidak? Saya sendiri pun masih banyak kena belajar lagi dalam mendidik anak. Apa yang pasti, jangan sampai anak kita tercedera atau mendatangkan kesan pada mentalnya.

Tips Mendidik Anak Semasa Anak Sedang Tidur

Pada pendapat saya, kaedah sebegini adalah lebih baik dalam mendidik anak. Ia cara halus, tapi penuh dengan nilai-nilai keimanan. Ibu bapa semua boleh cuba tips mendidik anak ini semasa anak tidur malam ini ya.

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Cubalah petua itu dan insya Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.