Pada kebiasaannya ibu mengandung akan digalakkan untuk mula mengemas beg untuk ke hospital semasa bulan ke 7 kehamilan. Ini disebabkan ada ibu yang bersalin awal semasa 7 bulan. Mengemas beg ke hospital merupakan dilemma bagi ibu-ibu kerana takut kalau-kalau ada barangan yang tertinggal, terutamanya barangan bayi.
Sebenarnya mengemas beg ke hospital bukanlah susah sangat asalkan kita membuat perancangan awal dan benar-benar fokus dalam apa yang hendak di bawa. Semasa kandungan 7 bulan, kebanyakkan ibu sudah mulai tahu apa yang patut dibeli dan disediakan untuk bayi. Jadi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan barangan sudah ada ketika itu.
Tips Mengemas Beg Ke Hospital
Ibu-ibu boleh rujuk pada infografik ini yang dibuat oleh sahabat saya dari group iReach. Ada 4 kategori yang perlu ibu-ibu ingat. Ini adalah barang-barang utama yang perlu di bawa ke hospital.
1) Beg Lamaze
a) Buku rekod hamil – bergantung kepada hospital tempat ibu-ibu melakukan pemeriksaan. Jika di hospital kerajaan ia dikenali sebagai buku merah.
b) Bantal sokongan – atau pun dikenali sebagai pregnancy pillow
c) Majalah @ buku bacaan – saya galakkan membaca majalah seperti Pa Ma atau buku-buku berkaitan kelahiran seperti hypnobirthing.
d) Kurma dan biskut tenaga – sangat penting untuk tenaga ibu-ibu semasa hendak bersalin nanti.
2) Beg Ibu
a) Pakaian penyusuan- pastikan ianya BF friendly untuk memudahkan ibu menyusukan bayi nanti
b) Stoking, Bengkung – Pilih stokin yang tebal dan bukan stokin nipis biasa ya. Bagi bengkung boleh gunakan jenis tradisional atau moden.
c) Pad bersalin – Ibu-ibu digalakkan menggunakan pad kain atau cloth pad kerana pada waktu ini darah agak banyak dan dikhuatiri berlaku infeksi sekiranya bergesel dengan pad biasa yang kadang-kadang agak kasar permukaannya.
d) Minyak panas- Boleh juga menggunakan losyen berangin.
a) Pakaian bayi – pilihlah dari jenis yang mudah untuk dipakaikan kepada bayi.
b) Tisu lembap, Lampin – Boleh juga gunakan cloth diaper untuk bayi kerana ada sesetengah bayi yang kulitnya sensitif apabila terkena permukaan lampin pakai buang biasa.
c) Kain bedung, selimut – Kain bedung berzip adalah pilihan yang baik dan bagi selimut boleh pilih daripada fabrik minky.
d) Minyak telon, losyen – Kedua ini penting sekiranya bayi kembung perut atau mengalami kekeringan kulit.
4) Bakul Termos
a) Termos air panas – Sesetengah hospital seperti kerajaan, memerlukan ibu-ibu duduk di wad pemerhatian dahulu dan mungkin menyukarkan ibu-ibu untuk mendapatkan bekalan air panas.
b) Minuman 3 in 1 – Pilih yang tidak berangin. Minuman seperti milo juga baik untuk ibu.
c) Supplemen Ibu – Sekiranya ibu mengambil Set Bersalin Shaklee, ia boleh terus diambil kecuali alfalfa. Maklumat lanjut Set Bersalin Shaklee ada di sini