5 Tanda Anak Anda Ketagih Ipad & Cara Mengatasinya

Ipad atau tab sangat popular sekarang ini. Boleh dikatakan semua orang kenal tab dan ipad ni. Paling hebat, anak-anak kecil pun kenal dan mahir menggunakannya (kadang-kadang anak-anak saya lebih mahir dari saya sendiri!)

Mana tak mahirnya, gerakkan guna jari saja, senang sangat nak dikendali.

Tapi, macam perkara lain penggunaan ipad dan tab pun tak boleh berlebihan. Takut ketagihan ipad pula nanti. Di sini ada beberapa tanda ketagihan ipad pada anak. Bila ada saja ciri-ciri seperti ini, tindakan segera perlu kita ambil.

Tanda Anak Anda Ketagih Ipad

1) Anak mengamuk bila ipad di ambil dan mula nampak hilang hormat pada kita. Protes dan menjerit-jerit bila kita tak beri dia main ipad.
ketagih ipad

2) Anak mula tidak pedulikan makan dan minum. Sanggup berlapar sebab tak mahu meninggalkan ipad. Siap ada yang sekadar minta susu sahaja sebab mudah nak minum semasa bermain ipad.
ketagih ipad

3) Anak mula bercakap yang pelik-pelik kesan menonton ipad terlalu lama (ini biasanya melibatkan video youtube). Tiba-tiba bercakap bahasa tak elok memang tak boleh diterima.

4) Anak sanggup membawa ipad ke dalam tandas sekiranya dia mahu buang air. Kadang-kadang dalam kes ekstrem, terkencing dalam seluar sebab sayang sangat nak tinggal ipad.
ketagih ipad

5) Bila kita balik dari kerja, anak nampak gembira nampak kita, kita pun dengan excited ambil dan peluk dia, tiba-tiba dia bisik pada kita ” mak, nak ipad!” Ha, sebenarnya dia mahukan ipad yang kita bawa balik.

6) Anak dah mula tak berminat dengan perkara berunsurkan akademik, kalau ajak mengaji pun boleh muncung mulutnya.

Cara Mengatasi Masalah Anak Ketagih Ipad

1) Jangan sesekali beri anak ipad yang fully charged. Bagi yang bateri tinggal 10%-20% aje lagi. Kalau kita bagi yang 100% bateri full, memang hore hore la anak tu.

2) Sorok charger! Jangan biarkan charger bergelimpangan di tempat yang senang dijumpai anak. Kalau anak jumpa dan charge ipad tu, 2 hari 2 malam pun belum tentu dia nak berhenti main ipad tu.

3) Sekiranya kita mahu beri anak bermain ipad, tetapkan masa dan beritahu anak. “Mak beri main 15 minit aje ya” dan tunjukkan pada jam. Kalau cara ini kurang berkesan jangan risau, kita dah ada back up step no.1 tadi. Jangan bagi masa bateri full. Hehe..

4) Tutup internet di rumah. No internet, no ipad. Kecuali anak nak main game dalam ipad. Kes ni kena guna juga cara no.1 tadi.

5) Pastikan anak siapkan kerja sekolah/kemas katil/cuci kasut atau buat lain-lain tugasan yang sepatutnya di buat sebelum berikan ipad.

6) Ajak anak lakukan aktiviti seperti membaca buku cerita, mewarna atau sebarang aktiviti kraf. Kita pun dapat meluangkan masa dengan anak. Ada banyak group atau blog homeschooling yang boleh diikuti untuk mendapat idea bagi aktiviti seperti ini.

6) Paling penting, slow talk pada anak. Bermain ipad kalau bukan ilmiah dan hiburan semata-mata adalah membuang masa dan sikap membuang masa ini disukai syaitan. Ini agak “deep”, tapi ianya insya’Allah berkesan sebab tidak ada sesiapa pun yang suka dikaitkan dengan syaitan.

pic source : google

5 Comments

Comments are closed.