Amalan Ibu Mengandung Yang Patut Dilakukan

Amalan ibu mengandung memang ada pelbagai. Ianya bertujuan untuk membawa kesan positif ke atas ibu dan bayi. Bagi ibu-ibu beragama Islam, banyakkan amalan ibu mengandung yang melibatkan aktiviti kerohanian. Diharap ibu-ibu semua dapat mempraktikkannya sedikit sebanyak untuk kebaikan.

Masa mengandung adalah masa hormon ibu tidak begitu stabil biasanya. Ada ibu-ibu yang menjadi terlalu emosi atau sensitif dengan orang-orang di sekeliling. Kadangkala, kepenatan ibu-ibu menguruskan rumahtangga, turut terbawa-bawa ke pejabat (bagi ibu yang bekerja). Ini juga menyukarkan ibu-ibu untuk berfikiran positif dan mungkin terdorong kepada pemikiran negatif yang akan memberi lebih tekanan.

Disinilah amalan ibu mengandung dalam Islam patut dipraktikkan. Ia bagi melindungi ibu-ibu.

Amalan Ibu Mengandung Dalam Islam

1) Membaca Al-Quran setiap hari
2) Mengamalkan surah-surah yang baik untuk ibu mengandung

amalan ibu mengandung 3) Mengamalkan membaca matsurat dan berzikir.
4) Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t
5) Banyakkan ibadat sunat (solat, puasa – suami juga digalakkan berpuasa sunat)
6) Tidak meninggalkan ibadat wajib
7) Rajin menuntut ilmu dan hadir ke majlis-majlis ilmu
8) Tidak melakukan aktiviti maksiat yang ditegah agama

Amalan Ibu Mengandung Dengan Orang Sekeliling

1) Tidak melayan pemikiran negatif terhadap orang lain
2) Tidak membawa mulut dan memburuk-burukkan orang lain
3) Sebarang kerunsingan perlu dibincangkan secara positif
4) Amalkan sikap suka membantu
5) Bersikap ikhlas dalam perhubungan dengan orang lain

Amalan Ibu Mengandung Dalam Persiapan Bayi

1) Rajin mencari ilmu berkaitan penyusuan dan penjagaan bayi.
2) Menyediakan ‘birth plan’ sebelum kelahiran bayi
3) Membuat perancangan bajet sebelum membeli barangan untuk bayi
4) Membuat penilaian sebelum membeli set bersalin terbaik.
5) Membuat penilaian sebelum memilih hospital bersalin. Panduan memilih hospital di sini

Amalan Ibu Mengandung Dalam Pencarian Set Bersalin Terbaik

1) Pastikan ibu-ibu kenal keadaan badan sendiri. Adakah ibu-ibu telah biasa mengambil sebarang ubat-ubatan berasaskan sesuatu bahan tertentu? Sekiranya tidak, jangan jadikan tempoh berpantang sebagai percubaan pertama.
2) Pastikan harga set bersalin adalah dalam lingkungan bajet ibu-ibu.
3) Pastikan ada konsultasi dengan setiap pembelian set bersalin. Ini adalah penting bagi memastikan sekiranya terdapat sebarang kesan sampingan, ibu-ibu boleh mendapatkan panduan.
4) Pastikan set bersalin tersebut mengandungi semua yang diperlukan oleh ibu semasa pemulihan berpantang.

set bersalin shaklee super premium wmark

 

cart

 

footnote