Tips Menguruskan Anak Masuk Darjah Satu

Saya yakin ramai di kalangan ibu-ibu ada anak-anak yang akan masuk ke darjah 1 pada sesi persekolahan yang akan datang ni kan? Pastinya anak yang masuk ke darjah satu akan lebih teruja berbanding kita. Baju baru dan kasut baru dah cukup untuk buatkan dia senyum sampai ke telinga.

Tak kurang juga yang menangis pada hari pertama persekolahan sebab tidak selesa dengan suasana baru.

anak masuk darjah satu

source

Macam mana nak pastikan kita sudah betul-betul menyediakan dan menguruskan anak-anak dengan betul? Saya pun tak dapat berikan 100% jawapan untuk ini. Apa yang boleh saya buat adalah berkongi pengalaman saya sendiri. Kalau ada kekurangan boleh tambah ya.

Persediaan Anak Masuk Darjah Satu

Pendaftaran Anak Masuk ke Darjah Satu

Kalau sekolah itu memang menjadi favourite kebanyakan ibu bapa, pastikan pendaftaran dilakukan lebih awal. Ada sekolah membenarkan pendaftaran dilakukan semasa anak berumur 5 tahun lagi. Di antara info yang diperlukan semasa pendaftaran :

1) Sijil kelahiran anak

2) Bil api/bil air untuk pengesahan alamat

3) Salinan kad pengenalan ibu dan ayah

4) Dua sampul surat beralamat sendiri dan setem

Sekiranya ingin membuat rayuan selepas ditempatkan di mana-mana sekolah, boleh kemukakan rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah sekolah tersebut.

Barang-barang yang diperlukan untuk Anak Masuk ke Darjah Satu

1) Baju seragam – 3 pasang

Boleh beli lebih semasa sesi persekolahan nanti. Bagi anak yang bertudung, pesan untuk tidak mengesat hidung menggunakan tudung.

2) Kasut – 2 pasang.

Beli ikut kesesuaian anak, bagi darjah satu, sebaiknya jenis velcro.

3) Stokin (warna putih) – 2 pasang

4) Beg sekolah – Elakkan warna yang mudah nampak kotor.

5) Alat tulis (pensel, pemadam, pengasah, pembaris, kotak pensel, pensel warna – kotak kecil) – alat tulis mempunyai potensi yang tinggi untuk hilang atau rosak (bergantung kepada anak). Jadi bersedia untuk membeli lagi dan lagi…

6) Lencana dan nama untuk dijahit pada tudung/baju.

7) Buku sekolah (biasanya boleh dibeli semasa hari orientasi atau hari pertama persekolahan)

8) Gambar bersaiz passport sebanyak 4 keping.

Daftar Anak Masuk Darjah Satu

1) Bawa surat penempatan anak ke sekolah tersebut pada hari orientasi.

2) Anak biasanya akan menduduki ujian ringkas untuk menentukan kedudukan kelas.

3) Ibu bapa boleh berjumpa guru kelas untuk menguruskan urusan pembayaran yuran PIBG dan barang-barang keperluan lain seperti fail peribadi, baju sukan dan lain-lain.

Persediaan Mental Untuk Anak Masuk Darjah Satu

1) Sentiasa ingatkan anak yang dia akan mula bersekolah dan ceritakan padanya apa yang akan dilaluinya dalam sesi persekolahan. Ini akan menjadikan anak bersedia secara mental untuk menghadapi persekolahan.

2) Pastikan semua barang keperluan anak-anak telah tersedia. Keperluan asas anak seperti pakaian seragam anak, kasut, beg sekolah, alat tulis dan buku-buku perlu disediakan lebih awal. Ini bagi mengelakkan kita menjadi kelam kabut pada hari pertama persekolahan.

3) Sebaiknya cuba untuk mengambil cuti pada hari pertama dan kedua persekolahan. Walaupun tidak menemani anak sepanjang hari di sekolah, kehadiran kita di rumah sedikit sebanyak memberi semangat untuk dia mula bersekolah.

4) Sekiranya anak sering tidur lewat sebelum ini, mula mendidik dia untuk tidur awal dan ingatkan yang dia perlu bangun awal untuk ke sekolah nanti.

5) Ulangkaji sedikit terutamanya dalam bacaan dan matematik. Sesetengah ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tambahan sepanjang cuti sekolah untuk memastikan anak mereka cukup bersedia untuk memasuki alam persekolahan. Sekiranya berkesempatan, adalah memadai untuk mengulangkaji di rumah sahaja.

6)Ajarkan anak cara-cara membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Ini boleh dilakukan semasa minggu pertama persekolahan. Sekiranya anak masih belum cekap menggunakan duit, bawakan bekal untuknya ke sekolah.

7) Semasa hari pertama persekolahan, beri ruang untuk anak mencari kawannya sendiri. Ini sedikit sebanyak membantu anak untuk menyesuaikan diri di sekolah.

8) Ajarkan anak doa untuk menenangkan hati dan mempermudahkan urusannya dalam suasana baru. Sebagai ibu bapa kita juga berdoa agar dipermudahkan urusan anak-anak kita.

Semoga hari pertama anak-anak kita ke sekolah berjalan lancar. Selain itu, satu lagi yang tidak kurang pentingnya adalah pengambilan supplemen oleh anak. Anak-anak kadangkala sering batuk atau selsema pada hari-hari persekolahan. Pengambilan supplemen yang sesuai insya’Allah dapat membantu.

set kanak-kanak shaklee

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

 

Info lanjut set ini di sini —> Set Kanak-Kanak Shaklee

wpid-footnote.jpg

1 Comment

Comments are closed.