Antara Vitamin dan Makanan Sunnah – Mana Lebih Baik?

Antara vitamin dan makanan sunnah, mana yang lebih baik? Sekarang ini ada beberapa produk kesihatan yang berasaskan makanan sunnah berada di pasaran. Sebagai seorang Islam, saya melihat ini sebagai sesuatu yang sangat positif kerana selama ini kita semua memang telah mengetahui kebaikkan makanan sunnah dalam membantu kesihatan kita.

Apa yang tidak positif adalah apabila kami yang menjual produk Shaklee dikatakan tidak menyokong makanan sunnah dan lebih mengutamakan produk Barat (Amerika). Ini agak melucukan, kerana kami pengedar Shaklee tidak pernah sesekali mengatakan yang kami menolak makanan sunnah dan menyarankan para pelanggan untuk mengambil supplemen Shaklee semata-mata.

Shaklee dan Makanan Sunnah

Berikut ada beberapa penjelasan berkenaan vitamin dan makanan sunnah.

1) Vitamin Shaklee turut menggalakkan pemakanan sunnah – cuba ‘google’ resepi ESP Shaklee, pasti anda akan terjumpa resepi ESP yang digabungkan bersama madu, kurma dan pelbagai lagi bahan makanan lain. Ini adalah hasil kreativiti pengedar Shaklee sendiri yang menyedari kebaikkan khasiat makanan sunnah yang sesuai digabungkan dengan produk Shaklee.

2) Makanan kesihatan moden seperti Shaklee bukanlah menjadi satu larangan dalam agama Islam – selagi makanan itu halal dan baik (halalan toyibban) tidaklah menjadi satu kesalahan untuk diamalkan.

makanan sunnah

source : quran.com

3) Pengedar Shaklee menyokong Barat – Tidak semua yang datang dari Amerika (Barat) itu tidak baik. Kita nilaikan sendiri dengan fikiran kita. Kita boleh memilih untuk mengambil mana-mana yang baik sebagai rujukan kita. Malah di Amerika ada standard kesihatan mereka sendiri seperti RDA (Recommended Daily Value).  Buka hati dan minda, Islam tidak pernah menyuruh kita menolak sama sekali perkara yang baik.

4) Pengedar Shaklee menolak makanan sunnah dan menyokong Yahudi – ini yang paling melucukan. Kedua-duanya adalah fakta yang salah. Punca wujudnya persepsi ini adalah apabila terdapat seorang pengedar Shaklee seperti kami di Amerika, menyokong sebuah pertubuhan Yahudi dengan menggunakan pendapatannya melalui Shaklee. Shaklee tidak ada hak untuk mengawal apa yang dilakukan oleh pengedarnya dengan pendapatan yang didapati. Malahan kami sendiri, jika kami mahu mendermakan pendapatan kami kepada mana-mana pertubuhan Islam yang terdapat di Malaysia, ia adalah 100% hak kami.

5) Islam itu mudah – Ini adalah ‘basic knowledge’ bagi semua orang Islam. Orang Islam mempunyai Al-Quran dan sunnah untuk dijadikan panduan, selagi pengambilan vitamin dan supplemen tidak bertentangan dengan Islam, mengapa tidak?

Ayat dan hadis berkaitan vitamin dan makanan sunnah

Menurut surah Al-Baqarah, ayat 185 (Keseluruhan ayat ini menjelaskan tentang kelonggaran berpuasa bagi golongan yang sakit atau musafir.

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran

Nabi s.a.w juga bersabda:

Agama Islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat dalam Agama melainkan dia akan kalah sendiri. Maka perbetulkan,perdekatkan, berikan khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta sedikit daripada waktu malam”. (hadith Riwayat Bukhari;Kitab al-iman, Bab al-Din Yusr. Jil. 1).

Hubungi saya untuk info lanjut:

footnote