Bahaya epidural untuk ibu yang melahirkan

Bahaya epidural yang paling kerap didengari ialah kesakitan di bahagian pinggang yang mungkin akan dialami oleh ibu di kemudian hari. Tetapi ada ramai ibu memberi feedback yang mereka tidak merasai apa-apa kesan dan tidak mengalami sebarang kesakitan pinggang selepas tempoh berpantang walaupun mengambil epidural. Tidak kurang juga yang mengalami bahaya epidural dengan mengalami kesakitan pinggang di usia tua. Jika dirujuk pada pakar perubatan, mereka akan mengatakan kesakitan pinggang itu sebenarnya berpunca dari kurangnya kepakaran pada pihak yang menyuntik epidural tersebut dan ia sebenarnya bukan prosedur yang merbahaya.
Bahaya epidural sebenarnya bukanlah selepas tempoh kelahiran tersebut atau berdasarkan kesakitan pinggang yang dialami ibu. Bahaya epidural terletak pada kesannya semasa ibu melahirkan bayi. Ini adalah disebabkan kesan ‘kebas’ epidural tersebut boleh menganggu proses kelahiran bayi.

bahaya epidural

 

source

Bahaya epidural semasa bersalin

Epidural merupakan satu proses suntikan ‘dadah’ pada bahagian tulang belakang ibu yang menyebabkan ibu kebas dari pinggang ke bawah. Ia dikatakan sesuai untuk ibu yang pertama kali bersalin kerana mereka mungkin tidak dapat menahan kesakitan yang dialami atau sesuai untuk ibu yang mengambil ‘induce’.
Secara peribadi saya tidak begitu menggemari epidural kerana ianya menganggu proses kelahiran. Ibu akan mengalami kesakitan ‘contraction’ semasa melahirkan dan kesakitan inilah yang akan menjadi panduan buat ibu bila waktunya untuk meneran. Epidural menghalang ibu dari merasai kesakitan ini dan di sinilah bahaya epidural bermula. Apabila ibu tidak dapat merasai ritma turun naik semasa ‘contraction’ dia tidak dapat mengagak saat yang tepat untuk dia mengeluarkan bayi dan hanya berpandukan kepada doktor. Ini menjadikan proses kelahiran akan mengambil masa yang lebih panjang dan boleh memberi kesan kepada bayi.

Bahaya epidural menjadi punca kelahiran caesarean

Apabila ibu tidak merasai kesakitan contraction dan menghadapi kesukaran meneran, doktor akan cuba memberi panduan bila ibu perlu meneran. Cara ini kadangkala gagal dan ibu tetap tidak berjaya mengeluarkan bayi dan menyebabkan pembedahan caesarean perlu dilakukan. Terdapat kes yang ibu berjaya melahirkan bayi tetapi bayi sudah lemah kerana proses kelahiran menggunakan epidural lebih lama dari biasa. Terdapat juga kes bayi yang dilahirkan tidak memberikan respon yang sepatutnya sesudah dilahirkan akibat ‘khayal’ dengan epidural yang diberikan kepada ibu. Bagi saya ini semua sudah cukup untuk menggambarkan bahaya epidural kepada ibu semasa melahirkan.

Cara mengelakkan bahaya epidural

Ibu-ibu sebaiknya dapatkan pengetahuan mengenai ubat-ubat yang digunakan semaaa kelahiran. Pada kebiasaannya hospital swasta sering menawarkan epidural untuk kelahiran. Ibu mempunyai hak untuk menolak. Ibu-ibu boleh belajar cara mengawal kesakitan ketika bersalin melalui pernafasan. Pada zaman sekarang ada banyak teknik kelahiran natural birthing yang boleh dipelajari. Ibu-ibu boleh mengelakkan bahaya epidural dengan penuh yakin sekiranya melengkapkan pengetahuan ibu-ibu semua.

Set Kehamilan Shaklee Membantu Kelahiran

ESP dan supplemen lain sangat membantu memberi tenaga buat ibu semasa kelahiran. Proses kelahiran merupakan satu proses yang memerlukan ibu untuk bersedia dari peringkat awal dan ini termasuk mengumpul tenaga dan menjaga pemakanan yang berkhasiat.

Penyediaan makanan sekarang dan juga pengambilan makanan rapu akan menganggu penyerapan nutrien perlu oleh badan ibu, adalah penting untuk ibu mengamalkan pemakanan supplemen bagi mengatasi kekurangan nutrien tersebut.

Set Kehamilan Shaklee mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil, ia juga semulajadi tanpa pengawet dan mematuhi keperluan nutrisi ibu hamil.

Lagi info mengenai Set Kehamilan Shaklee di sini

harga set hamil shaklee

footnote

FB images