Kebelakangan ini kita selalu nampak perkongsian kelebihan minum air rendaman lemon di Facebook kan. Ada banyak sangat khasiatnya. Lemon dikatakan ada dia khasiat terulung iaitu : Antibakteria dan Antiviral.
Di antara kebaikan lemon secara ringkas :
- ‘Ubat’ kurus dan pembersih hati
- Mengelakkan masalah penghadaman.
- Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah
- Memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik
- Membuang asid dalam badan
- Mengelakkan sembelit atau cirit-birit
- meningkatkan kesihatan kulit
- Ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah
- Menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil
- Membantu merawat sakit tekak
dan banyak sangat lagi khasiat minum air rendaman lemon. Boleh baca di sini secara detail berserta cara membuat air rendaman lemon.
Bahaya Minum Air Rendaman Lemon
Tapi dalam banyak khasiat lemon tu, rupa-rupanya ada kesan buruk dari pengambilan lemon dengan perut kosong setiap hari (ini antara cara minum air lemon dalam artikel tersebut). Tapi jangan risau, kesannya bukan kesan yang teruk. Tapi cuma bagi kesan pada gigi kita sahaja.
Asid pada lemon tu, bila kita gabungkan dengan air suam (kebanyakan orang akan campur air suam kan bila minum waktu pagi), ia akan melemahkan enamel gigi kita.

source : google
Apa akan jadi bila enamel gigi kita lemah?
Kalau kita berus gigi kurang setengah jam selepas pengambilan air rendaman lemon, kebarangkalian untuk kita merosakkan bahagian enamel gigi kita adalah tinggi. Bayangkan, baru kena serang dengan asid, kena gosok pulak dengan berus gigi. Mesti akan rosak enamel gigi kita tu.
Maka mudahlah enamel kita tu untuk retak dan pecah. Jadi rosaklah gigi kita tu akhirnya.
Cara Mengelakkan Bahaya Asid Lemon
Kita masih boleh mendapat khasiat lemon tanpa merosakkan gigi kita dengan cara berikut :
- Air yang digunakan untuk merendam lemon perlulah pada suhu bilik dan bukan air panas.
- Gunakan straw atau penyedut minuman semasa minum.
- Jangan terus memberus gigi selepas minum air rendaman lemon. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum menggosok gigi.