Bersalin Di Dalam Air
Bersalin di dalam air adalah salah satu teknik yang semakin popular kini. Ibu akan bersalin didalam sebuah kolam berisi air suam dan akan dibantu oleh kakitangan perubatan yang berkelayakan. Teknik bersalin dalam air dikatakan akan mengurangkan rasa kesakitan untuk ibu semasa bersalin kerana kesan dari air suam yang memberikan ketenangan dan kelegaan. Bersalin dalam air juga memberikan persekitaran yang kurang mendatangkan trauma kepada bayi kerana dia berada dalam situasi yang hampir sama semasa di dalam perut ibu (dikelilingi air ketuban).
Diantara kisah bersalin dalam air yang paling popular ialah semasa Dr. Halina melahirkan anaknya pada 2011. Kisah ini boleh dibaca didalam blognya barelysupermommy.com. Bersalin dalam air dapat mengurangkan kemungkinan menggunakan ubat penahan sakit kerana air suam turut mempunyai kesan yang sama untuk menahan kesakitan bagi ibu.
Kaedah bersalin dalam air agak baru di Malaysia tetapi ia merupakan salah satu kaedah yang popular di negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan United Kingdom.
Kebaikan Bersalin Di Dalam Air
1) Ibu dapat mengawal keadaan dan persekitarannya dan memilih posisi bersalin yang selesa untuknya berbanding bentuk kelahiran biasa di mana ibu perlu mendengar arahan daripada doktor semasa bersalin.
2) Bersalin dalam air lebih ‘mesra bayi’ kerana bayi akan keluar dalam persekitaran air suam yang tenang dan dia boleh mengambil masa untuk mula menggunakan paru-parunya untuk bernafas. Pada kelahiran biasa, belakang bayi akan ditepuk oleh doktor untuk memulakan dia menangis dan bernafas. Kaedah ini memberikan sedikit elemen kejutan kepada bayi.
3) Bayi yang dilahirkan di dalam air akan berada dengan ibu lebih lama dan memberikan lebih masa untuk ‘bonding’ dengan ibu. Kaedah bersalin biasa ‘memisahkan’ bayi dan ibu sejurus selepas kelahiran kerana bayi akan dibersihkan serta dipotong tali pusat sebelum diserahkan kembali kepada ibu.
4) Bersalin di dalam air dapat mengurangkan risiko episotomi pada ibu.
Risiko Bayi Lemas Ketika Bersalin Di Dalam Air
Antara 3 risiko bersalin dalam air ialah :
1) Bayi lemas di dalam air
2) Tali pusat terputus apabila ditarik
3) Jangkitan kuman daripada air rendaman.
Walaubagaimanapun, kebarangkalian untuk ketiga-tiga risiko ini terjadi amatlah rendah. Lebih 150 000 orang bayi telah dilahirkan di dalam air. Bagi kes bayi lemas dalam air, risikonya adalah sangat minima. Ini disebabkan oleh bayi yang sememangnya tidak bernafas dan menggunakan peparu sejak dari dalam perut ibu. Bayi bernafas melalui bekalan oksigen yang disalurkan menggunakan tali pusat. Jadi risiko untuk bayi untuk bernafas dan lemas semasa dilahirkan di dalam air adalah rendah.
Ibu Yang Tidak Boleh Bersalin Di Dalam Air
1) Ibu yang mengandungkan anak kembar
2) Ibu yang tidak mempunyai kesihatan yang baik (mengidap darah tinggi atau komplikasi lain)
3) Bayi yang bakal dilahirkan berkedudukan songsang
4) Degupan jantung bayi tidak konsisten
5) Bahu bayi tersekat dan menyukarkan proses kelahiran
6) Bayi ‘in-vitro’
7) Ibu yang pernah melakukan caesarean
Terdapat dua hospital yang menyediakan perkhidmatan bersalin di dalam air iaitu :
Hospital Island, Pulau Pinang
Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Kuala Lumpur
Set Bersalin Terbaik
Pengambilan Set Bersalin yang baik adalah perlu bagi mempercepatkan pemulihan ibu selepas bersalin tidak mengira bersalin secara biasa atau pun didalam air. Kami mencadangkan Set Bersalin Shaklee untuk ibu.
Apa kata ibu-ibu yang telah mengambil Set Bersalin Shaklee?
Klik untuk info mengenai :
Pakej – Pakej Set Bersalin Shaklee & Harga
Konsultasi Set Bersalin Shaklee
Cara Makan Set Bersalin Shaklee
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.
atau sertai
GROUP EKSKLUSIF IBU HAMIL, BERPANTANG & MENYUSU
ada kebaikan dan juga keburukan. Satu je aku takut, takut bayi lemas je.