Saya sudah merasa bersalin di kedua-dua hospital iaitu kerajaan dan swasta. Pada saya kedua-duanya sama sahaja kalau dinilai dari segi kebaikan dan keburukan. Tetapi ini adalah pendapat peribadi saya sahaja yang mungkin dapat dijadikan panduan bagi ibu-ibu yang akan bersalin terutamanya untuk kali pertama. Saya akan beri kesimpulan saya di sini dan mohon maaf sekiranya ada yang menyinggung mana-mana pihak. Tapi saya tidak dapat nyatakan nama hospital tempat saya bersalin di sini.
Bersalin Hospital Swasta
1) Bayarannya yang memang mahal. Berkali-kali ganda berbanding dengan bersalin di hospital kerajaan. Paling murah bagi bersalin normal di pusat bersalin biasa ialah RM1700. Ia boleh mencecah hingga RM4000 bagi kelahiran normal di hospital swasta yang ternama. Setiap alatan yang digunakan akan di’charge’ kepada kita walaupun sekecil-kecil putik kapas. Ini adalah disebabkan ia tidak mendapat sokongan kewangan seperti hospital kerajaan.
2) Persekitarannya tenang dan selesa seperti di hotel. Malah diberi pilihan untuk bilik seorang atau 4 orang mengikut budget.
3) Boleh memilih doktor sendiri. Ini memang menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu dirawat oleh doktor lelaki. Doktor yang sama semasa ‘check-up’ juga akan menyambut kelahiran bayi nanti.
4) Ada kemudahan untuk suami yang ingin menunggu dan menemankan isteri. Ini agak membantu kerana ibu-ibu yang baru bersalin memerlukan bantuan untuk menguruskan bayi terutamanya pada jam-jam pertama selepas kelahiran bayi.
5) Tidak semua hospital swasta menyokong penyusuan susu ibu. Ada yang terus memberikan susu RTF (ready to feed) kepada bayi.
Bersalin Hospital Kerajaan
1) Tidak boleh memilih doktor. Satu masa dahulu pernah ada isu berkenaan keengganan sesetengah ibu untuk dirawat oleh doktor lelaki. Secara peribadi, saya memahami perasaan ibu-ibu tersebut. Tetapi kita perlu memahami, apa yang berlaku sekarang adalah negara kita tidak menetapkan undang-undang seperti di sesetengah negara lain yang menyatakan cuma wanita sahaja yang dibenarkan mengambil subjek berkaitan obstretician dan gynaecology. Tambahan pula, negara kita mengalami kekurangan doktor wanita dan ini terpaksa ditampung oleh doktor lelaki. Walaupun dirawat oleh doktor lelaki, undang-undang telah menetapkan ia perlu ditemani oleh seorang jururawat wanita.
2) Bayaran yang jauh lebih rendah dan mampu bagi setiap orang. Kemudahan di hospital kerajaan tidak kurang hebatnya dan begitu juga dengan kepakaran serta pengalaman doktor dan jururawatnya.
3) Hospital kerajaan tidak akan menolak pesakit yang datang dengan alasan wad penuh atau sebagainya. Menjadi polisi mereka untuk menerima siapa sahaja yang datang.
4) 100% menyokong penyusuan susu ibu dan susu formula memang tidak dibenarkan langsung.
5) Hospital kerajaan mampu untuk mengendalikan kes-kes yang serius.
Walau apa pun pilihannya, yang penting ia bersesuaian dengan budget dan tidak membebankan kerana kelahiran bayi sememangnya memerlukan perbelanjaan yang lebih.
Berminat untuk mencuba Set Bersalin Shaklee?
1 Comment