Bertangas di rumah tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya kita tahu caranya. Bertangas ialah amalan mengewapkan bahagian bawah wanita untuk kesihatan. Ianya sesuai dilakukan semasa berpantang atau beberapa hari selepas haid. Bahan-bahan herba yang sesuai akan digunakan untuk bertangas.
Bertangas Di Rumah
Sebelum bertangas di rumah, pastikan kita jelas jenis tangas yang akan dilakukan. Tangas kering adalah untuk golongan muda yang belum menopaus, jadi bahagian rahim dikira masih basah. Tangas basah pula dilakukan untuk golongan yang lebih berusia di mana bahagian peranakannya sudah agak kering. Apa yang membezakan kedua-dua jenis tangas ini ialah jenis herba yang digunakan. Bagi tangas kering ianya boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan berikut :
Kunyit hidup
Jintan hitam
Halba
Garam kasar
Perahan air limau nipis
Sekiranya ingin merawat pemasalahan sakit puan, manjakani, daun inai dan asam gelugur akan digunakan.
Bertangas di rumah sesuai dilakukan oleh wanita berpantang atau selepas datang bulan. Ia membantu mengeluarkan bahan toksin, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, membantu penyembuhan rahim dan juga membantu merawat keputihan.
Cara-cara untuk bertangas di rumah boleh didapati di blog Puan Aishah. Sekiranya anda mahu tahu sejenis herba yang mempunyai kesan hebat seperti bertangas di rumah, teruskan membaca ya.
Bertangas di rumah dengan Alfalfa Shaklee
Percaya tak kalau saya katakan, Alfalfa Shaklee secara kebetulan mempunyai fungsi yang sama seperti proses bertangas di rumah? Alfalfa adalah tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Raja Tumbuhan’ ( sama level dengan Raja Buah kita durian). Ianya boleh dilakukan di rumah, membuang toksin dari dalam badan, membantu kesihatan rahim dan juga membantu merawat keputihan!! Adakah ini bermakna bertangas sudah tidak diperlukan? Tentu sekali tidak! Teruskan bertangas kerana ianya merupakan salah satu rawatan tradisi yang sangat berguna untuk kaum wanita. Tetapi lengkapkan langkah rawatan itu dengan Alfalfa.
Boleh dapatkan info lanjut untuk merapatkan alat sulit wanita di sini.
Apakah kesan daripada tidak melakukan penjagaan dalaman wanita?
- Bahagian dalaman menjadi basah dan tidak selesa
- Boleh menyebabkan jangkitan
- Menyebabkan kegatalan
- Masalah keputihan
- Memberi kesan kepada hubungan suami isteri
- Mempengaruhi kesihatan
Bahagian alat sulit wanita adalah sangat mudah dijangkiti kuman sekiranya penjagaan dalaman wanita tidak dilakukan dengan baik. Masalah keputihan yang kronik boleh mengakibatkan masalah lain pada dalaman wanita.
Ha,..nampaknya sangat penting untuk kaum wanita menjaga kesihatan bahagian tersebut. Apa kata mulakan dengan mencuba Alfalfa? Insya’Allah anda akan terasa perbezaannya. Alfalfa cuma RM53.75 sebotol (330 biji), harganya tersangat murah jika dibandingkan dengan khasiatnya.
menarik…tak pernah terfikir plak yg alfalfa bleh digunakan utk bertangas…
eh,bukan alfalfa tu yang kita guna untuk bertangas, maksudnya kesan makan alfalfa hampir sama dengan bertangas 😉