Hari ini admin nak kongsikan 2 blog yang menggalakkan pemakanan sihat untuk kita dan anak-anak. Terdapat pelbagai bentuk cara penyediaan makanan yang boleh diikuti dan mengajar kita yang makanan sihat pun boleh menjadi sedap!
1. EATZY BITZY
Blog ini kepunyaan seorang ibu yang selalu menyediakan bento yang comel untuk anak-anaknya. Bento adalah makanan dalam bentuk bekal yang biasa diamalkan di Jepun. Bagi kanak-kanak, ianya dibuat dalam pelbagai reka bentuk comel dan mengikut watak-watak komik.
Pelbagai bahan boleh digunakan untuk membuat bento seperti nasi, buah-buahan, telur, seaweed dan sayur-sayuran.
Bento boleh menarik minat kanak-kanak untuk makan secara sihat dengan cara yang menyeronokkan. Kita boleh cuba untuk menggunakan diet yang seimbang dengan bahan-bahan yang digunakan dalam bento.
Terdapat juga pelbagai resepi yang menyihatkan dikongsikan untuk hidangan seisi keluarga.
Blog ini menyasarkan golongan vegetarian. Walaupun tidak semua antara kita mengamalkan gaya pemakanan vegetarian, kita masih boleh mencuba pemakanan sebegini kerana makanan vegetarian adalah lebih menyihatkan bergantung kepada cara penyediaannya.
Blog ini turut berkongsi resepi-resepi vegetarian yang lazat dan ulasan mengenai restoran-restoran yang menyediakan makanan vegetarian.
Blog-blog sebegini memang membuatkan kita teruja untuk turut sama mencuba dan boleh membantu kita menggalakkan anak-anak makan makanan yang menyihatkan.