Cadangan Hadiah Untuk Ibu Melahirkan Anak

Hadiah untuk ibu melahirkan anak sebenarnya agak sukar untuk dipilih. Ini kerana ibu-ibu selepas melahirkan anak pastinya akan melalui proses pemulihan yang panjang dan penuh dengan pantang larang. Apa lagi ibu-ibu yang bersalin secara caesarean, pasti banyak bahan-bahan yang tidak boleh digunakan dan dimakan.

Pada kebiasaannya kita akan membawa hadiah untuk bayi yang baru lahir tetapi tidak ibunya. Di dalam artikel ini saya akan kongsikan cadangan hadiah yang sesuai untuk ibu yang melahirkan anak.

Cadangan Hadiah Ibu Yang Melahirkan Anak

1) Cadangan Hadiah : Bunga
Ini merupakan cadangan hadiah yang paling kerap diberikan kepada ibu bersalin. Ia boleh diberikan sekiranya ibu bersalin tersebut memang gemarkan bunga. Tetapi pastikan anda memberi bunga yang disukai oleh ibu dan ibu tersebut tiada alahan pada debunga.

2)Cadangan Hadiah : Buah-buahan
Ini merupakan hadiah yang lazim untuk orang sakit yang masuk ke hospital. Pastikan ia buah-buahan yang sesuai untuk ibu berpantang ya. Buat panduan, ibu berpantang biasanya tidak boleh makan buah-buahan tempatan. Mereka cuma boleh makan buah-buahan seperti anggur, oren sunkist dan epal.

3) Cadangan Hadiah : Makanan Kesihatan
Produk seperti pati ayam dan pati haruan yang boleh membantu memulihkan tubuh badan ibu. Tetapi pati haruan dikatakan tidak sesuai diambil oleh ibu yang bersalin melalui caesarean pada minggu-minggu awal.

4)Cadangan Hadiah : Voucher Rawatan Spa
Ia sangat sesuai untuk rawatan selepas pantang si ibu. Ini kerana semasa waktu berpantang, agak sukar untuk ibu keluar rumah untuk ke pusat spa. Tetapi pastikan voucher tersebut memberikan kebebasan untuk ibu memilih jenis rawatan yang disukainya.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2014 Nia