Setiap ibu pasti teruja untuk mengetahui tarikh bersalin sebaik sahaja mengetahui yang dirinya mengandung. Pada kebiasaannya, sekiranya ibu-ibu berjumpa doktor, pasti doktor akan menggunakan carta mudah di bawah berdasarkan tarikh terakhir datang bulan. Doktor dapat mengetahuinya dengan cepat melalui cara ini.
Walaupun begitu, adalah baik sekiranya kita sendiri mengetahui cara untuk mengira jangkaan tarikh bersalin ini bagi menambahkan ilmu kita dalam kehamilan. Apa yang penting, pastikan ibu-ibu menyimpan rekod tarikh datang bulan atau datang haid tiap bulan, walaupun bukan untuk kegunaan merancang kehamilan, data tersebut masih penting dalam kesihatan wanita. Rekodkan ia di kalendar, diari atau buku catatan.
Kaedah Mengira Tarikh Bersalin
Ada 3 cara kira tarikh bersalin :
1) Peraturan Naegele
Tarikh bagi hari pertama haid yang terakhir (LMP – Last Menstrual Period),
Contoh : Sekiranya kali terakhir datang haid adalah pada 1 Januari -7 Januari 2014, hari pertamanya adalah pada 1 Januari.
Ibu-ibu dijangkakan mengandung selama 9 bulan 7 hari. Maka, jangkaan tarikh bersalinnya adalah pada 8 Ogos 2014.
Kaedah ini sesuai digunakan bagi ibu-ibu yang mempunyai kitar haid tetap 28 hari dan waktu suburnya adalah pada hari ke 14 selepas hari pertama haid.
2) Melalui kitaran haid
Tambahkan 40 minggu kepada hari pertama haid terakhir, kerana secara umumnya, persenyawaan akan berlaku dua minggu selepas hari pertama haid (waktu subur). Ibu-ibu dijangkakan mengandung selama 38 minggu melalui kaedah ini. Tetapi sebenarnya terdapat juga ibu-ibu yang bersalin selepas 40 minggu.
3) Pengiraan secara manual
i) Pastikan hari pertama haid (Cth : 1 Januari 2014)
ii) Campurkan 7 hari, 1+7 = 8
ia akan menjadi 8 Januari 2014
iii) Tolak 3 bulan, Januari dianggap bulan 13-3 = 10
ia akan menjadi 8 Oktober 2013
iv) Campur setahun, 2013+ 1 tahun = 2014
kita akan dapat tarikh 8 Oktober 2014
4) Menggunakan ujian imbasan atau scan
Ini sebenarnya menjadi kesukaan ibu-ibu kerana mereka boleh melihat bayi mereka pada waktu yang sama. Doktor akan dapat menjangkakan tarikh bersalin melalui kaedah ini dan dia juga boleh mengetahui saiz bayi anda. Jika ada sebarang perkara yang tidak kena, doktor akan mengesannya semasa ujian imbasan. Pengalaman saya sendiri, semasa keguguran dahulu, saiz bayi adalah terlalu kecil berbanding usia kandungan yang menunjukkan kandungan tersebut tidak berkembang. Walaupun begitu, tidak bermakna sekiranya bayi kecil atau besar menunjukkan ia adalah kandungan bermasalah, ibu-ibu mungkin telah memberikan tarikh datang haid yang sedikit tersasar atau doktor telah memberikan tarikh yang sedikit awal atau lewat. Ujian ini boleh dilakukan pada minggu 10-13.
5) Menggunakan kalkulator online
Puan-puan boleh menggunakan kalkulator ini di sini
Ia sangat mudah, cuma masukkan tarikh hari pertama datang haid dan keputusannya akan terus diberi.
Semua kaedah di atas adalah merupakan jangkaan sahaja, majoriti bayi lahir tidak mengikuti tarikh jangkaan tersebut, ia boleh jadi lewat atau awal. Kaedah manusia tidak akan dapat mengatasi perancangan Allah. Walaupun begitu, tarikh jangkaan ini perlu bagi memudahkan doktor memantau keadaan kandungan.
Adakah Set Shaklee yang dapat membantu?
Ada, Puan-Puan boleh mempertimbangkan 3 set dibawah untuk membantu kelancaran kehamilan dan kelahiran bayi Puan-puan.
Sekiranya memerlukan bantuan untuk membuat keputusan set yang patut dibeli dengan kami, Puan-puan boleh hubungi saya di:
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
FB : https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang
hurm…nk kira utk diri sendiri..mcm lambat lg..tp xpe..chii simpan dlm fav..leh dijadikan rujukan utk masa depan 🙂