Siapa yang tak pernah kena stress? Tak logik kalau tak pernah stress. Walaupun siapa kita dan di mana kita, mesti ada stress. Kalau untuk kita ibu-ibu, perkara utama yang kita selalu stress, mestilah anak-anak kan? Tapi jangan jadikan anak-anak comel kita tu alasan untuk kita stress sebenarnya. Mereka tu kan anugerah Allah, bukannya beban. Ada cara syukur yang patut kita amalkan.
Punca Kita Stress Setiap Hari
Macam-macam perkara boleh jadi punca, dari sekecik-kecik perkara sampai sebesar-besarnya. Kita mula bangun pagi pun dah mula stress sebab tengah-tengah sedap tidur kena bangun pulak nak pergi kerja.
Stress masa nak keluar rumah, anak berak pulak nak kena tukar pampers.
Stress dalam perjalanan ke tempat kerja, jem pulak.
Stress sampai ofis lambat, punch card merah.
Stress dekat ofis kena marah dengan boss.
Kita ada 1001 masalah yang boleh mendatangkan stress. Jadi apa yang patut kita buat? Terus stress aje ke?
Stress ni boleh diibaratkan macam kolesterol. Ada kolesterol baik dan ada kolesterol jahat. Macam tu jugak dengan stress, ada stress baik dan stress jahat. Cara kita mengatasinya adalah dengan mengikut cara syukur yang betul.
Stress Baik dan Stress Jahat
Stress  baik adalah stress yang mendorong kita untuk keluar dari comfort zone. Ia boleh bantu kita untuk lebih berjaya dalam hidup. Pernah dengar quotes ni?
Life begins when you leave your comfort zone
Tapi, kalau terlalu obses nak berjaya sampai kompetitif tak tentu hujung pangkal pun teruk jugak. Silap-silap orang lain jadi sakit hati pulak.
Stress pun tak elok berlebihan dan jangan difikirkan sangat sebaliknya cari jalan untuk mengatasi stress tu.
Cara Syukur Nikmat dan Atasi Stress Dari Jadi Stress Jahat
Video kat bawah ni ada menerangkan tentang cara mengatasi stress dengan betul.
Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.
Apa yang penting :
1) Kita sentiasa pandang dan hargai apa yang kita ada. Jangan sibuk tengok apa yang orang lain ada sebab kita akan lebih cenderung untuk lupa pada kelebihan atau nikmat pada diri sendiri.
2) Mencari makna dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Jadi lebih baik untuk kita tak buat sesuatu yang sia-sia.
3) Memperbanyakkan kesyukuran kita supaya kita tak ingat untuk mencari perkara remeh temeh yang boleh mendatangkan stress. Inilah cara syukur yang mudah dan praktikal buat kita.
Takde stress yang takde penyelesaian, sebagai contoh, kalau kita selalu mengantuk di pejabat sampai kerja terabai, kita boleh ikut tips hilangkan mengantuk ni sebagai penyelesaian, kalau kita stress selepas bersalin, kita boleh ambil set ini.
Insya’Allah, tiada masalah tanpa penyelesaian.