Cepat kurus. Itu yang semua orang inginkan bila ambil set slimming atau diet. Tapi perlu ingat yang kita takkan cepat kurus kalau tanpa senaman dan minum air kosong yang banyak.
Kenapa minum air kosong boleh cepat kurus? Sebab ia membantu proses detoks. Bila sistem perkumuhan kita baik, berat badan akan cepat turun. Badan pun akan terasa lebih sihat sebab kurang toksin dalam badan.
Set Slimming Shaklee Bantu Cepat Kurus
Set Slimming Shaklee membantu menurunkan berat badan dengan 3 konsep mudah.
1) Bina – Membina protein bagi meningkatkan metabolisma. Metabolisma yang membantu mempercepatkan berat badan. turun. Ada dua pilihan iaitu ESP (untuk ibu menyusu) dan Cinch Shake (dalam 3 perasa Vanilla, Coklat dan Coffee)
2) Bakar – Membakar lemak dengan Omega Guard atau mengemulsi lemak dengan Lecithin. Yang mana lebih baik? Saya akan terangkan selanjutnya dalam artikel ini.
3) Buang – Memperbaiki sistem pembuangan dengan Alfalfa atau Herblax. Pilihan adalah bergantung kepada tahap kelawasan anda.
Mana Cepat Kurus? Lecithin atau Omega Guard?
Perbandingan Lecithin dengan Omega Guard adalah macam perbandingan naik sampan dan motobot. Mana satu lebih laju? Tentulah motobot bukan? Begitu juga dengan kedua-dua ini. Omega Guard lebih cepat bertindak mengurangkan berat badan.
Lecithin berfungsi untuk mengemulsi atau menguraikan lemak dan memastikan ia tidak termendap serta menyebabkan berat badan sukar untuk turun. Ia tidak membakar lemak sebaliknya menjadikan ia dalam juzuk yang lebih kecil supaya ia bergerak dengan lebih lancar dalam sistem pencernaan.
Omega Guard pula membakar lemak dengan bahan utamanya iaitu minyak ikan. Ia juga membantu badan bertindak balas dengan hormon leptin dan hormon cortisole. Fungsi hormon leptin adalah memberitahu otak untuk mengurangkan makan. Ini dapat membantu mengurangkan selera makan dan seterusnya mempercepatkan proses penurunan berat badan. Hormon cortisole pula dihalang penghasilannya oleh Omega 3 kerana ia akan menggalakkan penyimpanan lemak.
Cara berfungsi Omega Guard adalah:
Menghalang lemak terbentuk
Meningkatkan metabolisma
Membakar lemak
Omega Guard juga :
1) Membantu mengekalkan tahap insulin 50% rendah dari biasa yang boleh menggalakkan pembakaran lemak dengan mengawal kandungan gula. Gula dan karbohidrat tidak akan bertukar menjadi lemak serta memberi lebih tenaga untuk bersenam.
2) Meningkatkan kadar serotonin iaitu bahan kimia otak yang membuatkan perut terasa kenyang. Ini dapat mengelakkan dari terlebih makan.
