Seperti kebanyakan orang, saya percaya setiap sumber makanan halal yang ada di dunia ini adalah untuk kebaikan dan kesihatan kita. Selagi ianya diambil dalam kadar sederhana dan tidak berlebihan, Insya’Allah tiada kemudaratan untuk badan. Produk yang terbaik untuk kesihatan sekalipun, sekiranya dimakan berlebihan, ianya memang akan membawa kesan lain. Disebabkan itu semua pelanggan produk Shaklee perlu memastikan anda membeli daripada pengedar yang boleh memberikan panduan tersebut kepada anda. Jangan kerana inginkan harga murah, anda membelinya dan kemudian dibiarkan tanpa konsultasi sepatutnya.
Soya haram untuk ibu berpantang?
Jawapan saya bukan hanya wanita berpantang, tetapi semua orang tidak elok mengamalkan soya dari sumber GMO. Info lanjut mengenai produk GMO di sini.
ESP Shaklee sama sekali tidak termasuk dalam kumpulan ini kerana ianya diperbuat daripada soya non-GMO. ESP Shaklee diperbuat daripada soya semulajadi, sekaligus adalah selamat untuk kegunaan ibu berpantang.
Apa itu soya GMO? Ianya adalah soya yang terhasil secara ubahsuai genetik untuk menghasilkan soya berkualiti tinggi dari segi rupa, rasa dan ketahanan tetapi mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia. Soya yang digunakan untuk penghasilan ESP tidak begitu. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap canister 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
ESP Shaklee juga mengandungi isoflavones. Isoflavones adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan ibu berpantang kerana ianya mempunyai fungsi yang bersamaan dengan hormon wanita. Tahukah anda isoflavones mudah terhapus disebabkan oleh kaedah pemprosesan biasa soya? Ini tidak berlaku kepada soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee kerana ianya diproses dengan menggunakan air dan bukannya alkohol.
Faedah ESP Shaklee untuk kesihatan
1) Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis –ESP Shaklee sangat sesuai untuk pengidap kencing manis kerana ia mempunyai kadar indeks glisemiks yang rendah iaitu 39.
2) ESP Shaklee untuk kulit – ESP Shaklee merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, merupakan agen anti-penuaan dan mengurangkan kesan parut.
3) Ibu menyusu yang mahu menambahkan susu badan – tetapi harus diikuti dengan peraturan mengepam 3 jam sekali dan minum air sekurang-kurangnya 3L setiap hari dan memang benar, ESP insya’Allah akan membantu.
4) Ibu menyusu yang ingin berdiet – ia akan menjadikan ibu dapat bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Ini menjadikan ESP Shaklee sesuai untuk diambil ketika ibu-ibu berpuasa.
5) Mereka yang perlukan tenaga tambahan untuk aktiviti sehari-hari – ESP Shaklee membekalkan tenaga berpanjangan, badan yang lebih sihat dan fokus yang lebih baik
6) Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
7) Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Harga ESP Shaklee
ESP Shaklee bernilai cuma RM25 seminggu. RM150 untuk satu canister. Inginkan harga ahli? Dengan pendaftaran sebanyak RM75 (termasuk kos pos) untuk seumur hidup, anda boleh menikmatinya pada harga ahli.
Satu canister ESP Shaklee boleh tahan sehingga 1 bulan setengah dengan pengambilan 3 sudu sehari.
Pelbagai info ESP Shaklee :