Apakah golongan yang dikenakan fidyah pada bulan puasa? Sebelum menjadi ibu saya sangka cuma orang yang ada keuzuran sahaja yang perlu mengambil tahu soal fidyah. Rupanya golongan ibu menyusu dan hamil juga ada masanya akan terlibat dengan fidyah.
Sebagai mana yang kita ketahui, wanita yang meninggalkan puasa kerana didatangi haid atau darah nifas selepas bersalin wajib menggantikan puasanya sebelum Ramadhan berikutnya. Tetapi dia wajib membayar fidyah sekiranya tidak sempat menggantikan puasa tersebut.
Fidyah Puasa Ibu Hamil & Ibu Menyusui
Bagaimana dengan ibu hamil dan wanita menyusu?
Golongan ini wajib membayar fidyah dan menggantikan puasa tersebut walaupun dia sempat menggantikan puasa dengan syarat dia meninggalkan puasa tersebut kerana bimbangkan keadaan bayi sahaja.
Sekiranya ibu meninggalkan puasa kerana bimbangkan keadaan diri sendiri atau bimbangkan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan, dia cuma wajib menggantikan puasa tersebut tanpa membayar fidyah.
Kesimpulannya :
Sekiranya ibu tidak berpuasa atas sebab bimbangkan kesihatan diri sendiri, dia perlu menggantikan puasa sahaja.
Jika dia bimbangkan keadaan bayi SAHAJA, dia wajib mengganti puasa dan membayar fidyah sebelum Ramadhan berikutnya.
Cara Kira Fidyah
Contoh berdasarkan situasi ini, seorang ibu hamil meninggalkan puasa selama 15 hari kerana bimbangkan keadaan bayi dan kesihatan dirinya pada tahun 2011. Tetapi dia cuma menggantikannya pada 2013.
Tahun dia tertinggal puasa dari 2011 adalah 3 tahun. Tetapi dia membayar fidyah pada 2014.
Harga 1 cupak beras ialah : RM8
Kiraan fidyah untuknya ialah (RM8 x 15 hari) x 3 tahun = RM480
Apa yang saya kongsikan ini adalah mengikut kefahaman saya dan apa yang saya sendiri lakukan, sekiranya ada salah dan silap, harap dimaafkan dan diberi teguran. Adalah lebih baik untuk merujuk kepada yang lebih pakar mengenai fidyah ini.
Sumber rujukan : http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html
Mencari-cari supplemen tambah susu di bulan Ramadhan?
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni… from iReach HD on Vimeo.
Terdapat pakar perubatan yang membuat kenyataan, ibu tidak perlu mengambil sebarang supplemen sepanjang penyusuan, cukup sekadar pemakanan seimbang. Berapa ramai di antara kita yang boleh menjamin kita mendapat pemakanan seimbang dan terjamin kandungan nutrisinya? Terutama bagi ibu bekerja yang sukar untuk mendapat makanan yang dimasak sendiri. Makanan yang dimasak juga telah kehilangan kanadungan nutrisinya dan sukar untuk didapati 100%. Di sinilah pentingnya pengambilan supplemen.
pernah juga membayar fidyah bila tidak sempat untuk menggantikan puasa pada tahun berikutnya,.