Foremilk dan Hindmilk dalam Penyusuan Susu Ibu

Foremilk dan hindmilk adalah dua istilah yang digunakan untuk susu ibu yang diberikan kepada bayi. Sebenarnya terdapat satu lagi istilah yang agak popular untuk susu ibu iaitu kolostrum. Perbezaan yang ketara ialah kolustrum cuma terhasil pada peringkat awal kehamilan dan merupakan makanan awal terbaik untuk bayi.

Susu yang terhasil selepas tempoh itu hanyalah foremilk dan hindmilk. Foremilk adalah merujuk kepada susu yang dihisap oleh bayi pada peringkat awal penyusuan atau ‘susu depan’ manakala hindmilk adalah susu yang dihisap selepas foremilk atau ‘susu belakang’. Kedua-duanya adalah daripada payudara yang sama.

foremilk dan hindmilk

Perbezaan Foremilk dan Hindmilk

Foremilk mengandungi lebih banyak kandungan air berbanding hindmilk dan ia kelihatan lebih cair. Bayi menghilangkan rasa dahaga dengan foremilk, jadi tiada istilah bayi perlu diberi minum air masak. Susu ibu adalah sebaik-baik ciptaan Allah untuk bayi dan ianya sudah cukup sempurna. Foremilk akan berwarna sedikit ‘kebiruan’ atau ‘kehijauan’ dan ianya mengandungi karbohidrat, vitamin dan protein.

Hindmilk pula adalah merujuk kepada susu yang lebih pekat dan tinggi kandungan lemak dan kalori. Bayi akan kenyang dengan susu hindmilk ini dan ini juga merupakan susu yang akan menyebabkan botol susu kelihatan sedikit berminyak.

Situasi pengeluaran hindmilk dan foremilk ini boleh kita samakan seperti keadaan kita membuka paip semasa hari panas. Air yang mula-mula keluar daripada paip itu agak panas yang boleh kita ibaratkan seperti foremilk, manakala air itu lama-kelamaan akan sejuk dan boleh kita ibaratkan seperti hindmilk.

Ibu-ibu juga digalakkan untuk kerap mengepam susu bagi memastikan lebih banyak hindmilk terhasil. Ini adalah disebabkan kekerapan mengosongkan payudara boleh mendorong penghasilan lebih banyak hindmilk. Jika diperhatikan sewaktu ibu-ibu lambat mengepam dan payudara menjadi sangat membengkak, susu yang dipam banyak yang cair dan terdiri daripada banyak foremilk.

Kerapkan Mengepam Mempengaruhi Foremilk dan Hindmilk

Sebaik-baiknya kerapkan mengepam susu kerana selain mendorong untuk penghasilan lebih banyak susu, ia juga mendorong penghasilan hindmilk yang mengenyangkan bayi. Terdapat ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan konsep menukar payudara walaupun payudara yang satu ini belum kosong. Ini kerana terdapat satu konsep mengatakan payudara yang satu ini adalah ‘air’ dan satu lagi adalah ‘makanan’. Ini dikuatkan lagi dengan keadaan fizikal payudara yang kadangkala tidak sama besar.

Ia sebenarnya tidak begitu, kedua-dua payudara ada mengandungi ‘makanan’ dan ‘air’ dan cara untuk memastikan ia seimbang selepas menyusukan bayi adalah dengan mengepam sebelah lagi payudara selepas bayi menyusu di sebelah lagi. ‘Tandem nursing’ juga bagus untuk dilakukan kerana payudara yang tidak dihisap bayi juga akan terdorong untuk mengeluarkan susu sewaktu ibu menyusukan bayi di payudara sebelah lagi.

Bayi boleh jadi tidak kenyang sekiranya terlalu banyak foremilk dan boleh jadi kekurangan air sekiranya terlalu banyak hindmilk. Apa yang terbaik ialah susukan bayi sehingga payudara kosong dan ibu perlu banyakkan minum air serta pam mengikut waktu sepatutnya bagi keseimbangan foremilk dan hindmilk.

Masalah Penyusuan Akibat Foremilk dan Hindmilk Tidak Seimbang

1) Bayi kelihatan seperti tidak puas menyusu dan tidak kenyang
2) Bayi sering menangis
3) Bayi selalu mengalami kembung perut
4) Najis bayi berwarna kehijauan (banyak angin)
5) Bayi sering buang air besar
6) Bayi tidak bertambah berat dengan sepatutnya

set breastfeeding shaklee

Cara Mengatasi Foremilk dan Hindmilk Tidak Seimbang

1) Ibu boleh mengepam susu sedikit sebelum memberikannya pada bayi.

  • Ini untuk mengelakkan bayi berhenti menyusu sebelum sampai ke hindmilk kerana kekenyangan dengan foremilk.
  • Cara ini juga sesuai untuk bayi yang sering tertidur semasa menyusu

2) Pastikan ibu-ibu mengepam atau memberikan bayi menyusu pada waktu yang sama setiap hari bagi memastikan otak menghasilkan susu mengikut waktu.
3) Ibu-ibu perlu mengambil makanan berserat seperti roti dan bijirin serta makanan tinggi protein.

susu ibu sikit

cart

footnote

 

 

 

 

 

1 Comment

  • ema says:

    susu ibu adalah yang terbaik…bila pam susu..banyak yang keluar susu yang cair dan jernih warnanya.

Comments are closed.