Haid tidak datang selama setahun?! Bayangkan betapa risaunya perasaan Puan Ija Ramli dengan keadaan begini? Selama dia tidak datang haid, dia sedar yang badannya juga menjadi lebih mudah letih dan dia sendiri sangat beremosi.
Boleh ikuti kisahnya di dalam video ini :
Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.
Wanita memang sangat bergantung kepada hormon untuk memastikan kelancaran kitar haid. Puan Ija turut merasakan badannya tidak selesa selama tidak didatangi haid. Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor nutrisi dan hormon badannya.
Mencari Penawar Haid Tidak Datang Setahun
Puan Ija mula berikhtiar dengan mencari ubat atau supplemen yang dapat membantunya. Melalui google dia berjaya menemui cadangan set asas dan GLA yang dapat membantunya.
Dengan izin Allah, Puan Ija datang haid pada minggu keempat selepas haid tidak datang selama setahun. Apa yang Puan Ija lakukan adalah mengambil supplemen tersebut secara konsisten selama 3 minggu sebelum itu.
Set Yang Membantu Puan Ija Ramli
Fungsi-fungsi set ini :
1) menambah tenaga segera
2) melindungi organ
3) memelihara kesihatan saraf
4) meredakan stress
5) antioksida semulajadi
6) membantu penyerapan optimum vitamin dan supplemen lain
Set Asas Shaklee mengandungi :
i) Vita-Lea
Merupakan multivitamin pertama yang dicipta didunia. Ia telah melalui pelbagai penambahbaikkan untuk menjadikannya multivitamin yang terbaik. Tahukah anda ia juga merupakan yang terpantas didunia menyerap ke dalam tubuh manusia? Ini menjadikan ia cepat efektif pada tubuh. badan. Boleh baca sejarah Vita-Lea disini http://kedaivitamin.com/kenapa-pilih-shaklee/
ii) B-Complex
B-Complex Shaklee mengandungi asid folik semulajadi yang pertama didunia dengan kadar serapan yang sangat tinggi. Hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran sebenarnya adalah vitamin sintetik dan bukan semulajadi. Vitamin sintetik banyak digunakan kerana sebelum ini vitamin B-Complex semulajadi tidak mudah menyerap dalam tubuh, sehinggalah penemuan vitamin B-Complex Shaklee.
Vitamin B6 yang terkandung di dalam B-Complex Shaklee adalah bahan utama yang membantu B-Complex Shaklee meningkatkan kesuburan bagi wanita. Manakala bagi lelaki, vitamin B12 yang akan meningkatkan kesuburannya. Kedua-dua jenis vitamin B ini memang terdapat didalam B-Complex Shaklee.
Bagi wanita, vitamin B membantu memanjangkan lagi luteal phase iaitu fasa selepas waktu ovulasi hingga haid berikutnya.
iii) Vitamin C
Meningkatkan sistem imun bagi mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti penyakit seperti selsema, memberi bekalan antioksida dan menggalakkan penyerapan optimum vitamin dan supplemen lain. Vitamin C juga adalah penyelesaiannya sekiranya kita menghidapi sakit tekak.
iv) GLA Complex
Apa kelebihan GLA Complex Shaklee? Apa yang orang semua heboh sangat tentang kelebihan GLA Complex Shaklee ni? Ramai kaum wanita yang sangat sukakan GLA Complex Shaklee. Tapi sebenarnya ia bukan baik untuk kaum wanita sahaja. Ia juga sesuai untuk diamalkan kaum lelaki. Tetapi disebabkan ia ada dua fungsi khusus yang menjurus kepada wanita, menyebabkan kelebihan GLA Complex Shaklee sangat sinonim dengan wanita.
Kelebihan GLA Complex Shaklee
Siapa yang perlu mengamalkan GLA Complex Shaklee?
1)Isteri yang ingin meningkatkan kesuburan untuk hamil
2)Wanita yang menghadapi masalah kitar haid tidak stabil dan perlu menstabilkan hormon (ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil)
3) Wanita yang dalam peringkat menopause (ia dapat membantu perhubungan suami isteri sesudah menopause 😉 )
4) Melegakan masalah sengugut atau PMS pada wanita, GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin yang penting untuk proses kimia dalam tubuh seperti mengawal tekanan darah, pengecutan otot (punca terjadinya senggugut).
5) Mereka yang menghadapi masalah jerawat pada muka disebabkan masalah hormon, masalah eczema atau kekeringan kulit
6) Wanita yang mempunyai masalah cyst, pengambilan GLA boleh membantu pengecutan cyst (perlu dapatkan pengesahan doktor tentang jenis cyst)
7) Membantu masalah berat badan yang disebabkan oleh hormon
Rujukan : Webmd
Info lanjut mengenai GLA Shaklee di sini – Kelebihan GLA Complex Yang Buat Anda Rasa Nak Beli