Harga Ahli Produk Shaklee : Pilihan Customer Yang Rugi

Saya sering mendapat sms daripada sesetengah pelanggan yang meminta untuk diberikan harga ahli produk Shaklee. Saya sangat memahami situasi ini. Siapa lah yang tidak mahu berjimat jika boleh bukan? Disebabkan itu juga kadangkala saya dikejutkan dengan harga-harga tidak munasabah yang diberikan oleh sesetengah pengedar. Mereka sanggup rugi untuk memastikan mereka berjaya dalam persaingan merebut pelanggan.

Contoh harga ahli produk Shaklee sesuatu produk ini ialah RM90. Tetapi pengedar ini sanggup menjualnya dengan harga tersebut pada pelanggan dan menanggung kos pos.

Satu lagi situasi adalah apabila terdapat pengedar yang memaparkan harga ahli produk Shaklee walaupun ia dengan jelas melanggar polisi syarikat.

Terdapat juga kes terpencil suatu masa dahulu pengedar sanggup menjual produk dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga ahli produk Shaklee. 

Tahukah anda selaku pelanggan, mengapakah situasi ini berlaku? Mereka bukan sekadar merebut pelanggan, tetapi inginkan point dari hasil jualan. Shaklee membayar bonus yang lumayan bagi point yang diperolehi dengan setiap jualan.

Anda selaku pelanggan, membeli dengan harga ahli produk Shaklee , tetapi telah memberikan point atau mata ganjaran tersebut kepada mereka sedangkan ianya boleh menjadi milik anda dengan mudah.

Mengapa saya katakan ia mudah? Kerana anda cuma perlu menjadi ahli untuk memperolehi point tersebut. Jadi ahli cuma RM75 (SM) dan RM85 (SS).

Harga Ahli Shaklee

Sekiranya anda rasa pengedar tersebut akan memberikan anda harga ahli produk Shaklee untuk selamanya, itu adalah satu lagi perkara mustahil. Terapi sekiranya ia benar-benar berlaku pada anda, bagus, rezeki anda. Tetapi point anda setiap kali belian, tetap bukan milik anda tetapi hak pengedar tersebut. Bayangkan point anda setiap kali belian adalah 100 dan anda membeli produk tersebut 2-3 bulan sekali. Dalam setahun lebih kurang 400 point anda berikan pada pengedar tersebut. Alangkah ruginya! Point yang boleh ditukarkan kedalam bentuk RM, hilang begitu sahaja…

Nilai pula servis konsultasi daripada pengedar yang telah menjual harga ahli produk Shaklee tersebut. Adakah konsultasinya bagus? Saya seringkali dihubungi oleh para pelanggan yang telah membeli produk dengan pengedar lain tetapi tidak mendapat konsultasi yang sepatutnya. Saya memang mohon maaf pada pelanggan begini, kerana konsultasi saya adalah sebahagian daripada aset saya untuk menarik pelanggan membeli dengan saya. Sekiranya saya dengan mudah memberikan pada semua, mesti hilang nilai eksklusifnya bukan?

Hubungi saya hari ini juga untuk harga ahli produk Shaklee selamanya!!!

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)

SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658

FB :  https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins

Email : kedai.vitamin@yahoo.com

atau isi borang

 

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2013 Nia