Adakah Selamat Ibu Mengandung Makan Durian?

Ibu mengandung perlu menjaga pemakanan dan kesihatannya kerana ia mempengaruhi anak di dalam kandungan ibu tersebut. Terdapat beberapa tabiat pemakanan ibu yang terpaksa di lupakan ketika mengandung, tetapi bagaimana dengan durian? Adakah selamat untuk ibu mengandung makan durian?

Bagi ibu mengandung yang tidak menggemari durian, ia mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana dengan ibu mengandung yang sememangnya ‘tidak boleh hidup’ tanpa durian? Sebanyak mana ibu mengandung makan durian boleh mendatangkan masalah?
ibu mengandung makan durian

 

 

source : https://www.facebook.com/groups/ibuhamilberpantang/

Menurut Dr.Patrick Chia daripada babycentre.com.my,  ia selamat untuk ibu mengandung makan durian. Tetapi seperti kebanyakkan perkara lain, ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan. Gula dan karbohidrat adalah tinggi di dalam durian, ia juga tergolong dalam makanan dengan glisemik tinggi yang sangat tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. Tahukah ibu-ibu, 60 kalori terkandung di dalam 2 ulas durian?

Dibenarkan untuk ibu mengandung makan durian tetapi dalam jumlah sederhana.

Ibu mengandung makan durian adalah perlu di elakkan bagi ibu yang mengidap diabetes gestasi. Diabetes gestasi ialah kencing manis ketika mengandung sahaja dan kadar gula didalam badannya akan kembali normal selepas melahirkan. Ini berpunca daripada kegagalan badan untuk menghasilkan insulin tambahan semasa hamil. Insulin tambahan adalah perlu untuk menampung kedua-dua ibu dan bayi. Insulin adalah hormon yang dihasilkan untuk mengawal jumlah gula dalam darah, ia memastikan gula yang tidak diperlukan disimpan dan tidak tinggal dalam darah. Insulin yang tidak mencukupi menyebabkan kadar gula naik dan terjadinya kencing manis ketika mengandung. Info lanjut diabetes gestasi di sini http://kedaivitamin.com/set-ibu-hamil-kencing-manis/

Walau bagaimanapun, bukan semuanya negatif berkenaan ibu mengandung makan durian, terdapat juga unsur-unsur positif fi mana ia mengandungi organo-sulfur dan triptofan yang mempunyai efek antioksidan. Durian juga memiliki sifat-sifat anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang berfaedah untuk ibu mengandung.

Terdapat sesetengah golongan Melayu dan Cina yang menegah ibu mengandung makan durian kerana dikhuatiri akan menjejaskan kandungan. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang mengidam atau terlalu teringin boleh mengambil sedikit untuk merasa.

Setakat ini tiada sebarang bukti saintifik yang boleh mengesahkan ibu mengandung makan durian adalah tidak selamat. Namun ianya belum juga dibuktikan sebagai selamat.

Sekiranya ibu-ibu masih ingin mengambil durian, lakukan dalam kuantiti sedikit dan pastikan anda mempunyai supplemen yang boleh mengawal kandungan gula dalam darah seperti berikut :

set ibu hamil kencing manis

set hamil shaklee trimester 2&3

Tempahlah hari ini juga!

Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)

SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658

FB :  https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins

Email : kedai.vitamin@yahoo.com

atau isi borang