Ibu mengandung menaiki kapal terbang? Adakah ia selamat? Ini tidak menyentuh soal polisi syarikat penerbangan tersebut yang mungkin tidak membenarkan ibu yang mengandung hampir dengan tempoh kelahiran menaiki kapal terbang mereka. Terdapat sesetengah pihak berseloroh yang syarikat penerbangan tersebut takut terpaksa memberi penerbangan percuma untuk bayi yang dilahirkan tersebut.
Kesan Ibu Mengandung Menaiki Kapal Terbang
Terdapat sesetengah pendapat mengatakan tekanan udara yang tinggi semasa berada di atas kapal terbang boleh menyebabkan keguguran. Saya sendiri pernah mengalami keguguran selepas menaiki kapal terbang. Ini turut menyebabkan sesetengah ibu merasa takut untuk menaiki kapal terbang di awal kehamilan. Ini sebenarnya disebabkan oleh pendedahan pada radiasi semulajadi yang terjadi semasa terbang. Mungkin pendedahan radiasi tersebut tidak sesuai pada sesetengah ibu.
Sekiranya ibu mengalami loya dan ‘morning sickness’, dia akan menjadi bertambah loya kerana keadaan di dalam kapal terbang yang bertekanan rendah. Ibu perlu bersedia dengan plastik muntah dan bersedia untuk banyak mengalami loya dan muntah-muntah sekiranya membuat keputusan untuk tetap menaiki kapal terbang. Sedangkan menaiki kereta sudah menyebabkan ibu menjadi loya, apatah lagi dengan kapal terbang.
Masa Selamat Ibu Mengandung Menaiki Kapal Terbang
Masa paling selamat bagi ibu untuk menaiki kapal terbang adalah apabila memasuki 12-23 minggu kerana ibu sudah mulai rasa selesa pada fasa ini. Ini adalah tempoh kehamilan trimester kedua. Ibu biasanya sudah mulai selesa dengan badannya sendiri dan untuk berjalan jauh. Tetapi elakkan daripada perjalanan yang melebihi 4 jam kerana ini boleh menyebabkan perjalanan darah menjadi perlahan dan boleh mencetuskan masalah pembekuan darah pada kaki. Ibu-ibu boleh mengelakkan ini dengan memakai stokin sokongan seperti ini.
Ibu mengandung juga boleh cuba untuk berjalan-jalan sedikit dalam perjalanan jauh bagi menggalakkan perjalanan darah. Mungkin ibu mengandung boleh cuba untuk menggerakkan kaki atau berjalan di dalam kapal terbang ketika keadaan selamat atau cuba minta tempat duduk dengan ruang kaki yang lebih besar semasa ‘check-in’. Ini bagi memastikan keselesaan ibu sepanjang perjalanan kerana keadaan perut yang membesar mungkin mengakibatkan ketidakselesaan pada ibu.
Sekiranya ibu mengalami masalah semasa kehamilan, boleh rujuk ke pada doktor dahulu dan dapatkan surat pengesahan sebelum menaiki kapal terbang. Ini bagi meyakinkan syarikat penerbangan untuk mengizinkan ibu menaiki kapal terbang. Harus diingat, sekiranya menempah tiket dari agen, mereka tidak akan bertanyakan hal kehamilan ibu, ini cuma akan ditanya sebelum ibu menaiki kapal terbang, jadi sangat baik sekiranya ibu mendapatkan surat daripada doktor sebelum menempah tikel kapal terbang.
sumber : babycentre.com.my
Set Kehamilan Shaklee Bagi Trimester 2
Info lanjut mengenai set ini di sini—> Set Ibu Mengandung Shaklee
Kebaikan Set Kehamilan Shaklee
1) Menjadikan ibu cergas dan bertenaga semasa kehamilan
2) Menyediakan badan ibu agar kuat bertenaga terutama semasa kelahiran
3) Membantu mengatasi simptom-simptom kehamilan seperti kejang otot
4) Membantu mengatasi masalah Hb rendah
5) Meredakan stress pada ibu dengan de-stress effect
6) Membantu ibu mengatasi masalah sembelit.
dan banyak lagi…!!