Ibu Mengandung Minum Ais
Ibu mengandung minum ais menjadi salah satu pantang larang orang tua-tua. Di antara sebab yang menyebabkan terjadinya larangan tersebut ialah orang tua-tua percaya ia menjadi punca kepala bayi kering dan kelihatan seolah-olah ‘berkerak’ selepas dilahirkan. Terdapat juga satu lagi kepercayaan ibu mengandung minum ais boleh menyebabkan bayi mendapat sakit mata selepas dilahirkan.
Menurut perubatan moden, tidak menjadi kesalahan untuk ibu mengandung minum ais. Malah ianya dibolehkan ketika dalam pantang (saya patut akui, saya sangat terkejut bila ibu berpantang dibolehkan untuk minum ais!) Perubatan moden sememangnya sangat bertentangan dengan perubatan tradisional. Bidang perubatan tradisional mengatakan ibu mengandung tidak boleh minum ais dan semasa berpantang, makanan yang berair atau sejuk dilarang sama sekali.
Bagi perubatan moden, ibu mengandung minum ais akan menguatkan antibodi ibu, tetapi dalam perubatan tradisional, ianya akan melemahkan antibodi ibu dan ibu akan mudah jatuh sakit. Perubatan moden percaya dengan meminum air sejuk, proses detoksifikasi akan berlaku. Kesan kepada kesihatan atau ‘healing crisis’ inilah yang menyebabkan orang menganggap air sejuk membawa penyakit.
Ibu Mengandung Minum Ais – Bongkar Penyakit
Apabila ibu mengandung minum ais, toksik pada badannya boleh keluar, contohnya apabila terdapat toksik pada buah pinggang, ia akan mengakibatkan urat kaki bengkak, toksik yang keluar dari paru-paru pula akan menyebabkan batuk. Tidak kurang juga ibu mengandung minum ais yang menghadapi pening kepala. Ini semua disebabkan kesan penyingkiran toksin dari dalam badan.
“Healing crisis” ini dapat dikurangkan dengan mengurangkan kesejukan air minuman. Walaupun begitu, terdapat juga kesan buruk pada badan apabila meminum air sejuk sekiranya air sejuk tersebut dibancuh bersama minuman kordial dengan pewarna dan juga minuman yang tinggi kafein. Tetapi ini bukanlah disebabkan oleh minuman sejuk tersebut.
Ada juga pendapat mengatakan ibu mengandung minum ais boleh menyebabkan pertambahan saiz yang tidak munasabah pada bayi. Ini tidak benar sama sekali kerana dengan meminum ais badan ibu akan menjadi sejuk dan menggalakkan pembakaran kalori. Ini menjadikan berat badan ibu tidak naik dengan terlalu mendadak semasa mengandung.
Set Yang Sesuai Untuk Kesihatan Ibu Mengandung
1) Vita-Lea – Paling penting dalam Set Ibu Mengandung Shaklee dan berfungsi untuk membekalkan zat besi kepada ibu yang berfungsi untuk mengelakkan ibu daripada anemia.
2) B-Complex – berfungsi untuk kesihatan sistem saraf ibu dan mengelakkan kecacatan sistem saraf pada bayi. B-Complex juga mempunyai ciri-ciri de-stress semulajadi yang dapat mengurangkan perasaan stress pada ibu hamil.
3) Vitamin C – berfungsi untuk sistem imun ibu dalam Set Ibu Mengandung Shaklee. Ibu hamil sememangnya sinonim dengan penyakit seperti selsema dan sebagainya. Pengambilan vitamin C dapat membantu meminimumkan keadaan itu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membolehkan penyerapan optimum bagi zat besi.
4) Ostematrix – membekalkan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi ibu, ia juga turut membekalkan vitamin D untuk bulan pertama bayi. Magnesium didalam ostematrix dapat mengelakkan ibu hamil daripada mengalami sembelit.
5) Energizing Soy Protein – Pilihan penting dalam Set Ibu Mengandung Shaklee. Ia membekalkan tenaga kepada ibu hamil dan mengelakkan keletihan, ia juga dapat menurunkan paras kolesterol badan ibu. Maklumat lanjut disini http://kedaivitamin.com/esp-shaklee-untuk-ibu-hamil/
6) Omega Guard – penting untuk perkembangan otak bayi adalah tambahan dalam Set Ibu Mengandung Shaklee trimester kedua. Ia adalah minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA. Maklumat lanjut Omega Guard di sini http://kedaivitamin.com/set-ibu-mengandung-omega-guard/
Banyak lagi testimoni di sini –> Testimoni Set Mengandung Shaklee
Artikel lain berkaitan :
kalau banyak minum ais mesti tak elok untuk ibu, badan lemah.
Betul, itu yang mak dan nenek kita ajar dulu. Tiba-tiba perubatan moden cakap sebaliknya pula.