Menjawab Persoalan Isu Halal Shaklee di Facebook

Baru-baru ini terdapat seorang pengguna Shaklee yang telah memuat naik gambar produk Shaklee yang dibuangnya ke bakul sampah dengan alasan ianya tidak halal kerana mengandungi bovine dan diragui status halalnya. Isu halal Shaklee bukanlah baru sebenarnya.

halal coq

 

Walaubagai manapun, entri tersebut telah ditarik balik dari ‘wall’ beliau dalam tempoh tidak sampai 24 jam.  Apa yang pasti, pengguna terbabit berkemungkinan telah menyedari kesilapannya tentang status halal Shaklee kerana terkeliru antara penggunaan perkataan bovine dan porcine. Bovine adalah merujuk kepada lembu, manakala porcine adalah merujuk kepada babi. Apa yang memburukkan keadaan, pengguna tersebut tidak merujuk kepada pihak sepatutnya mengenai isu ini, sekurang-kurangnya beliau boleh merujuk kepada penjual Shaklee yang menjual produk-produk tersebut kepadanya.

Sijil Halal Shaklee adalah daripada Islamic Services  yang mendapat pengiktirafan daripada Jakim. Maksud pengiktirafan di sini adalah pihak Jakim sendiri memantau badan halal tersebut dan cara mereka melakukan pensijilan halal kepada setiap produk. Mana-mana badan yang didapati tidak mematuhi peraturan Jakim, akan ditarik balik pengiktirafan dengan serta-merta.

Shaklee Tiada Dalam Senarai Halal Jakim

Ini satu lagi isu halal, ia terjadi apabila ada pengguna lain (atau bukan pengguna) yang telah menggunakan khidmat sms Jakim untuk memeriksa syarikat-syarikat yang telah mendapat pengiktirafan Jakim. Jawapannya sudah tentulah tiada dalam senarai Jakim.

halal shaklee

Ini adalah kerana Shaklee tidak mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Ia mendapat sijil halal daripada Islamic Services America yang diiktiraf Jakim.

Ini semua sebenarnya adalah masalah pengetahuan umum yang terdapat pada masyarakat sekarang. Mereka mudah melatah dengan apa yang mereka tidak ketahui. Ini sebenarnya tidak begitu mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah apabila isu halal Shaklee ini tidak dirujuk kepada mana-mana pihak yang berkenaan dan terus dihebahkan kepada umum. Ia agak tidak adil kerana apabila perkara tersebut telah diketahui umum yang juga berkemungkinan tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku, mereka akan turut melatah dan mula menyebarkan perkara yang sama.

Larangan Menyebarkan Fitnah

Isu halal Shaklee ini, walaupun tidak menyerang secara individu, ianya cukup untuk memberikan kesan kepada semua pengedar Shaklee. Apa yang dikesalkan ialah, perkara yang disebarkan itu adalah tidak benar dan berbentuk fitnah. Didalam Agama Islam sendiri,  fitnah dianggap satu sikap negatif  dan mazmumah (tercela). Ia dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)

Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).

Bagi maklumat lanjut, boleh rujuk di sini http://kedaivitamin.com/sijil-halal/ dan http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

atau hubungi saya di 012-6614658

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment

Comments are closed.