Bayi sememangnya kita ketahui tidak boleh bercakap (dalam bahasa yang kita fahami!) Bayi akan berkomunikasi dengan kita menerusi tangisannya. Terpulang kepada kita untuk cuba memenuhi kehendak bayi. Ia boleh jadi menukar lampin, memberikannya susu atau menidurkannya.
Adakah anda tahu apa agaknya yang diperkatakan jika bayi boleh bercakap?
source : google
Apa Kata Bayi Jika Bayi Boleh Bercakap
1)Jika bayi boleh bercakap :Susu mak ni laju sangatlah! Semput saya dibuatnya!
Jadi ibu-ibu, cuba pam dulu sebelum beri susu pada bayi ya. Terutamanya kalau rasa-rasa cik B agak keras. Atau cuba beri susu semasa baring, ia boleh memperlahankan aliran susu.
2)Jika bayi boleh bercakap:Boleh tak ibu jangan letak saya. Dukung aje. Kalau ibu letak saya JERIT!
Bagi situasi begini, cuba kendong bayi sekiranya anda ada kerja yang perlu disiapkan. Tapi ingat, gunakan baby carrier ring sling atau wrap sahaja untuk bayi di bawah 4 bulan kerana tulang belakangnya belum cukup kuat untuk menerima baby carrier lain.
3)Jika bayi boleh bercakap :Mak, saya bukan nak memerintah mak, tapi saya dah terendam lama dalam pampers ni. Boleh tak mak tolong ganti?
Sebaiknya tukar lampin bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam.
4)Jika bayi boleh bercakap: Terima kasih sebab tukarkan lampin saya mak, sekarang boleh tak tukar lagi sebab saya tercirit..hehe..
Selepas menyusukan bayi, tunggu beberapa minit sebelum menukar lampin kerana kadangkala bayi akan membuang air besar 2-3 kali pada jarak masa yang sangat dekat.
5)Jika bayi boleh bercakap :Saya tak nak ayah, ayah takde susu! Saya nak menyusu dengan mak!
Pastikan bayi disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 jam atau setiap kali diminta oleh bayi.
6)Jika bayi boleh bercakap Jangan la cerita dekat orang pasal ruam lampin saya!
Sentiasa peka dengan keadaan lampin bayi. Kadangkala walaupun baru ditukar lampin, bayi mungkin akan membuang air besar dan risiko untuk mendapat ruam lampin adalah tinggi sekiranya lambat ditukar. Pastikan anda menggunakan krim ruam yang sesuai jika perlu menggunakannya.
7)Jika bayi boleh bercakap: Boleh tak jangan bedung saya? Saya rimas!!
Penggunaan bedung sebenarnya mengurangkan risiko bayi terjaga semasa tidur. Gunakan bedung berzip sekiranya bayi sering membuka bedung sendiri atau baringkan bayi dalam keadaan meniarap.
8)Jika bayi boleh bercakap: Susu mak sikit sangat, saya masih lapar!!
Pastikan anda mengikut konsep demand supply dengan menyusu atau mengepam sekerap yang mungkin. Pengambilan Set Breastfeeding Shaklee juga insya’Allah dapat membantu.

No. 5 tu bikin saya tergelak..Hehehe…
H H,
Macam buat lawak.