Kenapa saya pilih Shaklee?
Terdapat terlalu banyak jenis supplement yang berada di pasaran sekarang. Tidak kira supplement tradisional, supplement moden, bertindak dengan cepat, bertindak dengan lambat, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun tidak.
Tetapi, kenapa saya pilih Shaklee?
Ianya bermula semasa saya mengandungkan anak kedua dan saya dicadangkan oleh rakan sekolah saya (yang juga merupakan upline saya sekarang). Saya mengalami pelbagai masalah ketika kehamilan kali kedua seperti alahan, kejang kaki dan sebagainya.
Sebelum ini saya mengenali Shaklee melalui Set Breastfeedingnya yang hebat (dan agak kontroversi sekarang), boleh rujuk entri ini untuk maklumat lanjut http://kedaivitamin.com/set-breastfeeding-shaklee-3/ Saya tahu mengenai kebaikannya, tapi saya agak skeptikal ketika itu. Betul ke boleh banyakkan susu ibu?
Ketika mengandung anak kedua saya disarankan mengambil ESP dan Ostematrix. Saya masih ingat lagi soalan saya ketika itu, “baby tak besar ke kalau ambil supplement ni?” Rupanya sangkaan saya meleset sebab anak pertama saya dulu lebih besar berbanding adiknya ini sedangkan saya tak mengambil sebarang supplement Shaklee semasa anak pertama. Ini menjadi sebab kenapa saya pilih Shaklee semasa penyusuan anak selepas itu.
Dari situ saya mula mengambil Set Breastfeeding Shaklee dan menilai sendiri keberkesanannya.
Selain daripada mencuba sendiri, sebab-sebab berikut merupakan sebab kenapa saya pilih Shaklee.
1) Kenapa saya pilih Shaklee, sedangkan ada banyak lagi produk tempatan yang ternyata halal?
Ia telah disahkan halal oleh badan halal di U.S. Badan halal ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jakim. Info lanjut di sini http://kedaivitamin.com/sijil-halal/
2) Kenapa saya pilih Shaklee walaupun banyak lagi produk lain yang lebih terkenal berada di pasaran?
Produk Shaklee adalah vitamin semulajadi no.1 di US. Ia juga merupakan pengeluar multi-vitamin pertama di dunia
Vita-Lea Shaklee adalah merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia pada 1915. Dahulu ia dikenali sebagai Vitalized Mineral (kemudiannya disingkatkan sebutan menjadi Vita-Min) dan ianya dahulu adalah dalam bentuk cecair. Ia telah melalui pelbagai bentuk penambah baikkan sejak 90 tahun lalu sehingga menjadi bentuk kapsul seperti hari ini.
3) Kenapa saya pilih Shaklee? Adakah saya pasti ianya betul-betul selamat?
Shaklee sentiasa memastikan produknya selamat untuk para pengguna
– Shaklee menjalankan lebih 83000 ujian kualiti setiap tahun
– Lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru
-100% kepuasan pengguna dijamin
4) Kenapa saya pilih Shaklee dan bagaimana saya yakin yang produknya efektif secara konsisten?
Shaklee sentiasa memastikan produknya berkesan
-54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk Shaklee
– USD300 juta dilaburkan untuk R%D setiap tahun
– 100 kajian klinikal diterbitkan
5) Kenapa saya pilih Shaklee dan bagaimana saya pasti ianya bukan daripada bahan sintetik?
-Ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis tiruan, ujian ke atas haiwan dan bahan kimia
– Bahan pembungkusan yang digunakan adalah selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya.
Apa kata anda pilih Shaklee juga? Hubungi sekarang!!
Nia -Shaklee Independent Distributor (ID No : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 012-6614658
FB : https://www.facebook.com/messages/kedaivitamins
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
atau isi borang