Kentut faraj/vagina adalah keadaan apabila terdapat angin keluar dari bahagian vagina yang bukan dari punca yang sama seperti kentut biasa. Ianya petanda terdapat ruang yang tidak sepatutnya pada vagina wanita. Ia boleh menganggu hubungan suami isteri dan mungkin menimbulkan rasa malu pada wanita.
Kentut faraj/vagina juga merupakan petanda otot-otot yang lemah pada vagina yang menyebabkan angin mudah masuk dan menyebabkan terhasilnya kentut vagina. Ada satu mitos mengatakan kentut vagina sebagai petanda ‘tiada dara’ bagi wanita belum berkahwin. Ini satu pendapat yang kurang tepat kerana angin sangat mudah masuk apabila kita melakukan apa-apa aktiviti dan bukan atas faktor tiada dara.
Kaedah Memulihkan Kentut Faraj/Vagina
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi memulihkan kentut faraj/vagina.
1) Melakukan senaman kegel bagi memulihkan kentut faraj/vagina
Ianya dilakukan dengan mengemut bahagian vagina. Bayangkan sedang menahan air kecil, tahan selama 5 saat dan lakukannya sekurang-kurangnya 10 kali setiap kali. Ia merupakan antara senaman yang efektif untuk merapatkan bahagian vagina, sekaligus memulihkan kentut vagina.
2) Bertangas bagi memulihkan kentut faraj/vagina
Ia adalah proses mengwapkan bahagian vagina dan boleh membantu mengurangkan masalah keputihan dan juga kentut faraj/vagina. Lebih info di sini
Lebih info cara-cara bertangas di rumah di blog kakbidan. Beliau adalah confinement lady saya semasa melahirkan anak kedua.
3) Menjaga pemakanan semasa berpantang bagi mengelakkan kentut faraj/vagina
Kita beruntung kerana terdapat banyak panduan berpantang yang boleh kita ikuti. Apa yang paling penting adalah mengelakkan makanan berangin dan sejuk semasa berpantang. Elakkan buah-buahan tempatan (saya bukan anti-buah tempatan, cuma ia agak ‘sejuk’ dan berangin), buah-buahan seperti oren sunkist yang tidak masam, anggur hitam dan epal sangat elok untuk ibu berpantang.
Sayuran pula elakkan timun, bayam, kacang panjang dan bendi. Sayur yang sesuai adalah lobak putih, lobak merah dan sawi.
4) Supplemen yang sesuai untuk membantu memulihkan kentut faraj/vagina
Alafalfa adalah antara supplemen yang sesuai untuk mengetatkan bahagian faraj/vagina.
Ia juga membantu masalah keputihan wanita, ketara perbezaannya. Jika sebelum ini anda mengalami masalah keputihan yang serius, insya’Allah ia akan kering selepas dibantu oleh alfalfa. Tentang betul ketat atau tidak, cuba dulu dan beri feedbacknya ya 🙂
Alfalfa (700 biji) RM97.50
Alfalfa (330 biji) RM53.75
Hukum Kentut Faraj dalam Solat
Terdapat pendapat mengatakan solat tetap sah kerana ia tidak melibatkan tempat punca yang sama seperti kentut biasa. Ikuti video penjelasan Ustaz Azhar Idrus ini untuk info lanjut.
o.c