Kolustrum susu ibu adalah susu awal yang terhasil untuk diberikan kepada bayi. Ianya mula dihasilkan oleh badan ibu pada minggu ke 16-22 kehamilan. Kebanyakan ibu mungkin tidak menyedari kehadiran kolustrum ini kerana ianya tidak mudah untuk meleleh keluar atau diperah seperti susu biasa. Ianya seperti pati susu yang sangat tinggi nilai nutrien dan antibodi untuk bayi.
Kolustrum susu ibu memang tidak banyak tetapi ianya sudah mencukupi dengan saiz perut bayi ketika itu. Kolustrum susu ibu akan beransur-ansur berubah menjadi susu ibu matang yang memenuhi keperluan bayi mengikut peringkat umurnya ketika itu.
Jangan risau sekiranya bayi menangis selepas disusukan, ia tidak bermakna susu tidak mencukupi dan perlu ditambah dengan susu formula. Mitos popular ini terlalu banyak memberi gangguan kepada penyusuan susu ibu eksklusif.
Kolustrum susu ibu akan berwarna lebih kekuningan berbanding dengan susu ibu biasa. Tempoh pengeluaran kolustrum susu ibu adalah sehingga usia bayi beberapa hari sahaja tetapi khasiatnya sangat tinggi untuk tumbesaran bayi.
Khasiat Kolustrum Susu Ibu
1) Ianya mempunyai sedikit faedah penghadaman untuk bayi. Bayi akan mula mengeluarkan najis pertama yang dikenali sebagai meconium melalui pengambilan kolustrum susu ibu.
2) Kolustrum susu ibu mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, protein dan antibodi yang sangat mudah dihadamkan oleh perut bayi.
3) Kolustrum susu ibu juga meransang pengeluaran bilirubin melalui najis bayi. Ini dapat mengurangkan risiko jaundice pada bayi.
4) Kolustrum susu ibu juga berfungsi untuk menjadi vaksin semulajadi kepada bayi. Semasa di dalam perut ibu, bayi mendapat kahsiat antibodi IgG melalui plasenta. Selepas dilahirkan bayi masih boleh mendapat khasiat antibodi lain iaitu IgA melalui kolustrum.
5) Usus bayi sangat telus pada peringkat awal dan mudah dimasuki oleh banyak unsur yang mungkin akan menyebabkan si kecil sakit perut, kolustrum susu ibu boleh membantu dengan menjadikan usus bayi kurang telus.
6) Kolustrum susu ibu mengandungi sel darah putih leukocytes yang berupaya melindungi bayi dari mikroorganisma dan bakteria yang membawa penyakit kepada bayi.
Info lanjut mengenai foremilk dan hindmilk.
Bagaimana Set Breastfeeding Shaklee Membantu?
Kita semua mengetahui semasa peringkat kehamilan, ibu digalakkan untuk mengambil pemakanan berkhasiat yang boleh membantu tumbesaran bayi dan penghasilan susu ibu. Walaubagaimana pun, dengan gaya hidup ibu zaman sekarang, terdapat golongan ibu yang merasakan agak sukar untuk mendapatkan makanan yang benar-benar berkhasiat. Ini selalunya melibatkan ibu yang bekerja.
Disebabkan itu, ibu-ibu ini digalakkan mengambil supplemen semulajadi Shaklee untuk membantu. Ada 4 cadangan set yang boleh dipilih oleh ibu-ibu.
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Info lanjut mengenai Set Breastfeeding Shaklee di sini.