Let Down Reflex Susu Dalam Penyusuan Susu Ibu

Let down reflex susu adalah merujuk kepada satu fasa semasa mengepam atau menyusukan bayi di mana susu akan keluar dengan banyak atau istilah lainnya ‘memancut-mancut’. Pada waktu let down reflex susu bayi mungkin akan tersedak akibat aliran yang terlalu laju atau sekiranya let down reflex susu terjadi semasa mengepam susu, botol susu akan lebih cepat terisi.

Apa itu Let Down Reflex Susu?

Ia sebenarnya bukan sahaja proses untuk susu memancut-mancut dengan banyak, tetapi ia terjadi kerana stimulasi dariada hisapan bayi atau proses mengepam. Apabila bayi menghisap bahagian areola ibu, rangsangan akan dihantarkan pada saraf otak. Dari otak, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon oksitoksin. Hormon ini akan mengalir ke pembuluh darah dan menyebabkan otot dI sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu melalui duktus susu.

Apa ibu rasa semasa let down reflex susu?

Bahagian payudara ibu akan terasa seperti menyucuk dan dirangsang. Susu akan memancut dengan laju selepas itu. Walaupun begitu, pada peringkat awal ibu mungkin menghadapi kesukaran untuk mencapai let down reflex susu kerana bayi masih belum membiasakan diri dengan penyusuan. Tetapi apabila kedua-dua ibu dan bayi sudah mula ‘fine tune’ dengan penyusuan direct feeding, let down reflex susu akan lebih mudah untuk dicapai. let down reflex susu

Bagaimana untuk mendapatkan Let Down reflex susu?

  • Ibu tidak boleh stress semasa menyusukan bayi. Bertenang dan fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan. Bagi yang beragama Islam boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan bagi yang bukan beragama Islam boleh mendengar muzik yang menenangkan.
  • Cuba untuk menyusukan bayi di tempat yang sama setiap masa, pastikan tempat itu selesa untuk kedua-dua ibu dan bayi, tidak bising dan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Penyusuan dalam keadaan ‘skin-to-skin’ juga amat membantu let down reflex susu
  • Sebelum penyusuan, ibu boleh cuba mengurut payudara selama satu minit. Urutan boleh dilakukan dengan membulat
  • Tuam bahagian payudara dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air panas atau mandi dengan air suam sebelum proses penyusuan
  • Ibu boleh meminta bantuan untuk mengurut di bahagian belakang badan. Ini boleh merangsang penghasilan susu ibu.
  • Melihat gambar si kecil semasa proses mengepam susu atau menatap wajah si kecil semasa penyusuan turut membantu perembesan hormon prolaktin (hormon kasih sayang) yang akan membantu let down reflex susu.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.

Bagaimana Set Breastfeeding Shaklee Membantu?

Set Breastfeeding membantu dari segi melengkapkan nutrien pada susu ibu. Pada keadaan sekarang terumanya bagi ibu yang bekerja, agak sukar untuk mendapatkan makanan yang benar-benar berkhasiat. Nutrien yang didapati pun mungkin tidak 100% menepati, di sinilah pentingnya pengambilan supplemen. Set ini juga mengandungi ‘milk booster’ yang boleh membantu meningkatkan kuantiti penghasilan susu ibu dengan proses mengepam atau penyusuan yang kerap serta minum air yang banyak. Boleh dapatkan info lanjut di sini —-> Set Breastfeeding Shaklee let down refleks susu

footnote

cart