Sekarang ini terdapat terlalu banyak Set Bersalin dipasaran. Pelbagai jenama, pelbagai fungsi. Admin sendiri ‘rambang mata’ untuk memilih Set Bersalin yang sesuai. Disini disertakan Panduan Memilih Set Bersalin untuk panduan ibu-ibu hamil terutamanya yang pertama kali menjadi ibu. Ini adalah Bahagian Pertama bagi Panduan Memilih Set Bersalin – Bahagian 2
Panduan Memilih Set Bersalin 1 : Pastikan budget anda dahulu.
Ini yang paling penting sebelum meneruskan pemilihan Set Bersalin. Kebanyakan Set Bersalin yang terdapat dipasaran adalah didalam lingkungan RM200-RM400. Masukkan pembelian Set Bersalin dalam budget anda. Ia mungkin nampak remeh dan tidak sepenting barangan keperluan bayi, tapi sebenarnya tidak. Set Bersalin penting untuk pemulihan tubuh badan ibu kerana ibu yang sakit akan sukar hendak menjaga bayinya dengan sempurna.
Klik sini untuk Set Bersalin Murah
Panduan Memilih Set Bersalin 2 : Pastikan fungsi setiap produk yang terdapat didalam Set Bersalin.
Apa yang sering berlaku, terdapat beberapa produk yang tidak digunakan dalam Set Bersalin tersebut, walaupun selepas tempoh berpantang. Ini adalah disebabkan fungsi produk tersebut yang tidak begitu penting semasa berpantang. Terdapat juga Set Bersalin Moden yang menyerupai fungsi Set Bersalin Tradisional. Apa yang penting adalah matlamat ibu sendiri, apakah yang diharapkan dari Set Bersalin yang dibeli.
Klik sini untuk fungsi Set Bersalin Moden
Panduan Memilih Set Bersalin 3 : Pastikan kandungan dalam setiap produk tidak memberi kesan negatif kepada ibu.
Terdapat sesetengah Set Bersalin yang mempunyai fungsi untuk menguruskan badan ibu dengan cara pembuangan air besar. Tetapi bagi sesetengah ibu dengan perut sensitif, produk sebegini boleh menyebabkan cirit-birit yang kronik. Agak merbahaya bagi ibu berpantang sekiranya terlalu kerap membuang air kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Bagi ibu-ibu dengan perut normal, mereka boleh mendapat manfaat daripada produk sebegini.
Panduan Memilih Set Bersalin 4 : Pastikan produk dalam Set Bersalin tidak mengeringkan susu ibu
Ini sangat penting bagi memastikan pemberian susu ibu kepada bayi tidak terjejas. Periksa kandungan dalam Set Bersalin sebaik-baiknya.
Panduan Memilih Set Bersalin 5 : Pastikan kandungan dalam setiap produk tidak memberi kesan negatif kepada bayi.
Sesetengah bahan dalam Set Bersalin mungkin akan menyebabkan penyakit kuning/jaundice pada bayi menjadi semakin kritikal. Pastikan anda mendapat info sepenuhnya dari penjual tentang kesan setiap produk dalam Set Bersalin terhadap bayi. Terdapat juga sesetengah produk yang menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Ini juga perlu diberikan perhatian.
Banyak lagi Panduan Memilih Set Bersalin dikongsikan di Panduan Memilih Set Bersalin – Bahagian 2
Ingin lebih Panduan Memilih Set Bersalin? Boleh rujuk disini http://kedaivitamin.com/set-bersalin-shaklee/
Sebarang pertanyaan atau order bagi Set Bersalin Shaklee, boleh hubungi
Nia (Shaklee ID : 868863)
SMS/Whatsapp/Viber : 0126614658
Email : kedai.vitamin@yahoo.com
Atau paling mudah isi saja borang