Menyusu Semasa Mengandung – Adakah ia selamat untuk bayi?

Menyusu semasa mengandung semakin kerap didengari sekarang berbanding dengan beberapa tahun dulu. Ini adalah disebabkan meningkatnya kesedaran ibu-ibu tentang khasiat susu ibu dan bagaimana ianya selamat untuk bayi di dalam kandungan.

Fakta menyusu semasa mengandung yang perlu difahami

Kementerian kesihatan menyasarkan setiap ibu untuk menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan. Selepas usia 6 bulan, bayi sudah mula menerima nutrien melalui pemakananannya. Jadi bukanlah sesuatu yang berat untuk menyusu semasa mengandung sekiranya bayi telah melepasi usia 6 bulan.

Tetapi, terdapat ibu-ibu yang cuma memberikan anak susu ibu sahaja tanpa mencampurkan makanan lain sehingga bayi berusia 2 tahun. Ya, ianya berlaku kerana jika kita sedar terdapat satu jenis najis ringan iaitu najis mukhafafah yang melibatkan air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak lebih 2 tahun yang cuma minum susu ibunya sahaja tanpa makanan lain.

Set Breastfeeding Shaklee

Menyusu semasa mengandung menyebabkan rasa sakit pada puting

Puting susu ibu pada waktu mengandung akan menjadi lebih sensitif dan mudah sakit apabila dihisap oleh anak yang masih menyusu. Puting ini juga akan membesar dan dalam proses menjadi lebih kental untuk proses penyusuan bayi yang masih didalam kandungan. Tips penting untuk memindahkan rasa sakit tersebut adalah ibu boleh melakukan aktiviti lain semasa menyusukan anak seperti menonton TV atau membaca majalah.

Pastikan posisi yang selesa untuk menyusu semasa mengandung

Ibu yang menyusu semasa mengandung memerlukan posisi yang lebih sesuai berbanding dengan ibu yang tidak mengandung. Ini disebabkan fator perubahan fizikal terutamanya bahagian perut yang semakin membesar. Ibu boleh mencuba posisi berbaring sambil mengiring atau meletakkan bantal di belakang badan semasa menyusui anak.

Hargai Detik Indah Menyusu Semasa Mengandung

Anak akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibu semasa mengandung. Bercerita kepadanya yang dia akan mendapat seorang adik tidak lama lagi untuk menjadi temannya bermain. Anak sangat sukakan saat ibunya bercerita dan akan memahami apa yang cuba diberitahu oleh ibu. Ini juga boleh menjadi seperti satu persediaan untuknya menyambut adik baru.

Pelajari teknik Tandem Nursing Dalam Tempoh Menyusu Semasa Mengandung

Tandem nursing adalah satu teknik menggunakan kedua-dua belah payudara semasa menyusukan bayi. Pada kebiasaanya semasa bayi sedang menghisap sebelah payudara, ibu boleh mengepam atau melakukan ‘marmet’ bagi payudara sebelah lagi. Ini bagi memastikan susu pada payudara sebelah lagi tidak akan dibazirkan.

menyusu semasa mengandung

Tandem Nursing

Teknik ini boleh diaplikasikan semasa kelahiran bayi dan ibu bolehlah menggunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan bayi dan abang/kakaknya yang masih menyusu. Ia sebenarnya satu tips untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua mereka apabila mereka kerap berkongsi momen tersebut. Ia juga membantu si abang/kakak untuk menerima kehadiran adik baru dengan lebih baik kerana dia masih dapat bersama dengan ibunya tanpa merasa tersisih.

Teknik ini turut mengurangkan masalah bengkak susu pada ibu kerana ibu dapat mengosongkan kedua-dua payudara tanpa perlu mengepamnya.

Tips Memperbanyakkan Susu Dalam Tempoh Menyusu Semasa Mengandung

Kuantiti susu ibu yang terhasil mungkin akan sedikit terjejas dalam waktu menyusu semasa mengandung. Ibu boleh cuba menyediakan air kosong untuk diminum oleh anak selepas menyusu kerana rasa susu ibu akan menjadi sedikit masin.

Ibu juga perlu memastikan mendapatkan bekalan nutrien untuk 3 orang sekiranya menyusu semasa mengandung. Teknik power pumping dan pengambilan Set Breastfeeding Shaklee insya’Allah dapat membantu.

Apa yang lebih menguntungkan, set ini juga boleh membekalkan nutrisi yang perlu untuk ibu hamil. Hubungi saya di 012-6614658 untuk info lanjut bagaimana Shaklee dapat membantu anda menyusu semasa mengandung.

Info lanjut di sini Banyakkan Susu Dengan Set Breastfeeding Shaklee

set-BF-pakej-budget-wmark

cart

Dilarang Menyusu Semasa Mengandung Jika Anda :

1) Pernah mengalami keguguran bayi sebelum ini
2) Berasa sakit pada bahagian perut dan vagina yang melampau
3) Pernah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

footnote