Set Bersalin Shaklee : Membantu Masalah Meroyan Selepas Bersalin

Meroyan selepas bersalin merupakan sesuatu yang sangat ditakuti oleh ibu-ibu berpantang. Apabila ianya berlaku, ibu akan bertindak di luar kawalan dan di luar kebiasaan dirinya. Malahan ada ibu dikatakan sehingga ke tahap ingin mencederakan bayi sendiri. Boleh dikatakan tindakan ibu yang meroyan selepas bersalin sama seperti orang yang hilang akal.

Tanda-Tanda Meroyan Selepas Bersalin

Tanda-tanda meroyan selepas bersalin dan simptomnya adalah berbeza untuk setiap ibu kerana ianya bergantung kepada apa yang dialami oleh ibu tersebut. Di antara tanda-tanda yang paling ketara ialah :

1) Ibu berasa sayu dan sering menangis
2) Rasa sangat runsing
3) Rasa keletihan yang teramat sangat
4) Terasa sangat sunyi (terutamanya ibu yang berpantang sendiri)
5) Sentiasa rasa tidak tenang

Perasaan-perasaan di atas mungkin dialami oleh setiap ibu. Malah saya sendiri mengalaminya sewaktu melahirkan anak pertama. Tetapi, ianya akan hilang selepas ibu-ibu membiasakan diri dengan rutin baru bersama bayi. Ini akan berlaku pada waktu usia bati 4-6 minggu. Tetapi awas sekiranya perasaan tersebut tidak juga hilang kerana ianya dikategorikan sebagai meroyan selepas bersalin atau ‘postnatum depression’.

Sebab Meroyan Selepas Bersalin

1) Masalah bersama suami isteri (perhubungan atau kewangan) dan kurang sokongan dari orang terdekat
2) Ibu terlalu mengharapkan dirinya menjadi ibu yang sempurna dan menjadi tertekan apabila keadaan menjadi sebaliknya
4) Tidak dapat berhubung dengan dunia luar seperti dengan kawan-kawan
5) Masalah pada bayi yang dilahirkan
6) Masalah penyusuan bayi
7) Tiba-tiba didatangi oleh ingatan-ingatan yang menyedihkan

Punca-punca meroyan selepas bersalin mungkin bagi berbeza bagi setiap orang, tetapi ianya menjuruskan kepada perkara yang sama pada ibu, iaitu stress.

Lagi info di Babycentre

Tips Mengelakkan Meroyan Selepas Bersalin

1) Banyakkan berinteraksi dengan orang lain seperti kaum keluarga atau kawan-kawan. Sekiranya mereka tidak tinggal berdekatan, hubungi mereka melalui telefon atau medium internet.

2) Lengkapkan ilmu sebagai ibu dahulu terutamanya dalam pengurusan bayi atau penyusuan. Ini mengelakkan ibu menjadi tertekan apabila bayi lahir.

3) Dekatkan diri dengan Tuhan, bagi yang beragama Islam, perbanyakkan zikir. Lakukannya pada setiap kali waktu solat. Walaupun anda tidak boleh solat, anda masih boleh berzikir.

4) Sentiasa berfikiran positif dan lakukan aktiviti yang boleh menggembirakan anda

5) Lakukan berurut dan bertungku serta amalan berpantang yang lain. Tiada kaitan yang jelas tentang kaitan rawatan berpantang dengan mengurangkan meroyan, tetapi rawatan bersalin membantu mengurangkan stress ramai ibu.

6) Menjaga kesihatan selepas bersalin dengan pengambilan Set Bersalin yang baik. Amalkan pengambilan B-Complex untuk meredakan stress. Info lanjut di sini

Saya mencadangkan pengambilan Set Bersalin Shaklee. Info lanjut mengenai set ini di sini. Ianya serba lengkap untuk pemulihan dalaman ibu. Walaupun ia bukanlah Set Bersalin Tradisional, ia masih boleh memulihkan kesihatan ibu berpantang dengan baik, sekaligus mengelakkan meroyan selepas bersalin.

Koleksi Testimoni Set Bersalin Shaklee

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

1 Comment

Comments are closed.